Monday 10 January 2011

Sembelih Puyuh

Satu amali Sembelihan burung puyuh telah diadakan di Surau STEMZA. Program tersebut dikhususkan kepada pelajar tingkatan 3 2010 sebagai mengisi masa pelajar selepas menghadapi peperiksaan PMR. Pelajar-pelajar begitu teruja maklumlah mereka tidak pernah sebelum ini menyembelih apa-apa binatang sekalipun.

Maka pada hari mereka berpeluang menyembelih puyuh. Walaupun kecil tetapi cukup untuk memberi pengalaman yang begitu berhargha kepada mereka. Terutama pelajar STEMZA yang akan menyambung pelajaran ke institusi yang lain. Program ini dijayakan oleh Unit Bina Insan STEMZA. Ramai guru terutamannya guru lelaki yang turut mengambil bahagian.

InsyaAllah di masa yang akan datang kami akan mengadakan program amali sembelihan ayam. Manalah tahu suatu masa nanti ada insan yang nak dermakan kambing ah bolehlah kita orang buat amali sembelihan kambing mesti real punya.

Sila tatapi video klip di bawah.

Sunday 9 January 2011

Kursus Pengurusan Jenazah Pelajar PMR

Satu kursus yang dinamakan Kursus Pengurusan Jenazah telah dijalankan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin . Kursus ini dijalankan bagi meningkatkan kefahaman pelajar mengenai pengurusan mayat. Kursus ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Moderator bagi kursus ini ialah En. Ghazali Mohammad atau dipanggil Pak Ali dari kampung Pak Tuyu, Batu Rakit. Jurucakap kepada kursus kali ini ialah Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi.



Saturday 1 January 2011

Majlis Pohon Restu Pelajar SPM 2010

Satu program yang dinamakan Majlis Pohon Restu Calon SPM 2010 telah diadakan di Dewan Mestika STEMZA pada Oktober 2010. Program ini dijalankan khusus untuk memberikan suntikan semangat kepada semua pelajar yang akan mengambil Peperiksaan SPM supaya sentiasa bersemangat dan berhati waja. Program yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling ini telah memberi kesan yang mendalam di hati para pelajar.

Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakamkan dalam program tersebut.

Tun Haji Ismail Kusri memberikan perangsang

Hadiah penghargaan untuk Ketua Murid ...steady Kamil



Cikgu Asri ...Kaunselor Cemerlang
Kami janji.....kami ingat akan janji kami....
Bahawasanya kami .....pelajar STEMZA......
Emmmmmmmmmmmmm malu lak.......
Iiiii lamanya Ustaz Manan fokus ni ...
Alahai bila besar nanti apa aku akan jadi yek....

Em aku nak ..........Kamil Ketua Pengawas 2010
Fahmi..... you can do it
Keceriaan yang melambangkan harapan menggunung untuk berjaya
Wajah-wajah harapan STEMZA SPM 2010
Persahabatan yang kekal berpanjangan hingga akhir hayat
5SUM 2010 dalam kenangan
Ingat janji kalian pada guru.