Monday 28 February 2011

Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1432H di STEMZA


Pada 28 Febuari 2011 iaitu hari Isnin bersamaan 25 Rabiul Awwal 1432H telah berlangsung Program Perarakan Maulidul Rasul 2011 di Sek. Men. Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu. Peogram tersebut yang disertai oleh lebih 980 orang pelajar dan guru serta kakitangan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap pihak.

Program tersebut juga melibatkan komuniti Bukit Cempaka bilamana pihak penganjur iaitu Unit Bina Insan STEMZA telah bersetuju untuk melangsungkan perarakan dari STEMZA ke Masjid Bukit Cempaka. Hasil kerjasama yang amat menggalakkan dari AJK Masjid Bukit Cempaka, program telah berlangsung dengan meriah.

Kelainan pada tahun ini ialah pertandingan Perarakan dan Sepanduk adalah berdasarkan rumah sukan. Bermula jam 7.15 pagi para pelajar telah membanjiri Dataran STEMZA. Perarakan bermula sebaik sahaja semua rumah sukan telah bersedia dengan sepanduk masing.

Dengan dikawal oleh unit keselamatan jalanrata Balai Polis Batu Rakit para pelajar dan guru telah berjaya sampai ke Masjid Bukit Cempaka pada jam 9.00 pagi. Sesampainya di sana mereka telah dihidangkan dengan air minuman ringan.

Kemudian peserta perarakan dihidangkan dengan juadah rohani iaitu Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Abdul Manan Mohd Derus Pegawai Pusat Islam UNISZA. Kemudian para pelajar berarak semula ke sekolah. Sekembali ke sekolah pada jam 10.30 pagi setelah menjamu selera di kantin pelajar mula berhimpun di dewan untuk acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk dan perarakan.

Berikut ialah keputusan pertandingan sepanduk:
Tempat ketiga - Perempuan  Zamrud
Tempat kedua - Lelaki Zamrud
Tempat Pertama (Johan) - Perempuan Akik

Manakala keputusan pertandingan perarakan adalah sebagaimana berikut:
Tempat ketiga (71.17 markah - Rumah Nilam
Tempat kedua (71.50 markah) - Rumah Zamrud
Tempat Pertama (78 markah) - Rumah Delima

Hadiah disampai oleh Penolong Kanan Pentadbiran Hajah Zaimah binti Ibrahim.
Sebelum penyampaian hadiah peserta dijamu dengan alunan nasyid oleh kumpulan nasyid Soutul Mizan.















Wednesday 23 February 2011

Sukan Olahraga STEMZA 2011 Hari ke3

Hari 23 Febuari adalah hari kamuncak sukan olahraga STEMZA. Syabas kepada semua yang bekerja keras untuk menjayakan temasya sukan kali ini. Tahniah kepada semua semua pemenang dan jangan bersedih kepada semua yang tidak berjaya. Johan hanyalah seorang dan yang lain akan mendapat peluang masing-masing jika berusaha dengan lebih gigih. Semua bertemu lagi di tahun yang akan datang.

Tuesday 22 February 2011

Sukan Olahraga STEMZA 2011 Hari ke2

Hari ini sudah masuk hari ke 2 Sukan Tara STEMZA. Acara yang dipertandingkan antaranya lari 100 Meter berpagar lelaki ting 1-5 dan juga perempuan ting 1-5. selain itu melontar cakera akhhir dan lompat jauh akhir. Esok ialah hari terakhir sukan tara STEMZA.

Majlis dijangka berlangsung jam 8.00 pagi membawa ke jam 3.00 petang. Acara perbarisan dijangka akan menghangatkan suasana. Mari kita lihat wajah-wajah ceria hari kedua Sukan Tara STEMZA ini.







Taklimat seawal jam 7.30 pagi

Para pelajar asedang membanjiri astaka

Streching dan warm up untuk acara 100M berpagar

Good starting ....peserta lari berpagar 100M perempuan

Tinggi nya lompat

Memang tak caya boleh buat nih

Ya diapit dua guru data yang rupawan....

Hebat sungguh Tuan Pengetua Haji Ismail
dengan pakaian lengkapnya.

The most handsome man in STEMZA....cayalah

Penangkap peserta.....tetap dan berpencen

The lovely Ustazah Fatimah Yong and Ustazah Saodah

Wow Sam ....cayalah memang ganteng

Ni iklan Milo .....take 58... tak tahu bila nak jadi.
Peserta lompat berpagar 100M lelaki ting 5
sedang menunjukkan kehandalan

Ni bukan OKU tapi AKU.
Peserta lempar cakera ting 1.

3 singgit, 3 singgit 3 singgiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit
Guru-guru sedang memilih saiz untuk baju sukan yang
akan dipakai pada hari kemuncak esok.

Tuan Pengetua memeriksa baju sukan yang
akan dipakai pada hari kemuncak esok.

Monday 21 February 2011

Sukan Olahraga STEMZA 2011 Hari ke1

Hari ini 21 Feb 2011 bermulalah Sukan Tara STEMZA. Sukan Tara ini akan berlangsung selama 3 hari. Hari ini 21 Feb 2011 acara bermula dari jam 2.30 hingga 4.30. Esok juga bermula dari 2.30 hingga 4.30. Manakala lusa 23 Feb iaitu acara kemuncak akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.30 tengahari.

Acara yang dipertandingkan pada hari pertama ini ialah 100 Meter lelaki tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Melontar cakera dan Lompat Jauh. 

Sila semak foto di bawah  untuk mengetahui kemeriahan hari pertama pesta Sukan Tara STEMZA 2011.





Cikgu Nazri dikerumuni dayang-dayang

Tangkap Mancho Cikgu Nazri - Penyelaras Sukan

Yang kiri tu Jusarim aaaa yang kanan tu Rozaini

Ops basikal saja boleh lalu

Bersamamu TV3

Cuba teka makan kacang ke makan errrrrr

Aik pening bah sampai sekarang belum boleh
paham lagi cakap Ganu bah....
sya dari Putatan Sabah nama sya Diana

Steady Cikgu Zakaria - ni barisan guru data

Isk isk isk ni mesti johan nih


Amacam ada macam Shah Rukh Khan tak...... cikgu Fadhli

Besar jugak STEMZA nih


Mek kelate ni namo dio Kak La

Isk satu dua tigaaaaaaaa yahooo ....ek tak lepas lak

Ni bukan pendatang asing nih... tunggu lori

Barisan guru sukan

Padang STEMZA sayup mata memandang