Wednesday 23 March 2011

STEMZA Cemerlang Dalam SPM 2011


Result SPM dah pun keluar. Banyak yang dapat kita saksikan. Ada waha yang suka dan ada wajah yang duka. Ibarat petani yang selama ini bermandikan peluh gigih untuk mengusahakan tanah sawahnya maka hari ini menuai hasilnya.

AlHamdulillah STEMZA mencatatkan result yang cemerlang dengan 2 orang pelajar mendapat straight A. Pelajar tersebut ialah Noor Ameerah binti Azmi dan Raihanah binti Mohamad Zaki.

Nor Ameerah yang mengambil 10 subjek telah memperolehi memperolehi 8A+ (Tertinggi) dan 2A.
Sebagai penyuntik perangsang kepada semua bakal calun SPM STEMZA tahun depan dibawah ini disertakan senarai subjek yang beliau telah capai.

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris   A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Mathematics A+
Additional Mathematics A+
Physics A
Chemistry A+
Biology A
Tasawwur Islam A+

Manakala Raihanah pula yang juga mengambil 10 subjek telah mendapat 5A+, 3A dan 2A-.
Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris   A
Pendidikan Islam A+
Sejarah A
Mathematics A+
Additional Mathematics A+
Physics A-
Chemistry A
Biology A-
Tasawwur Islam A+

Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail bin Kusri ketika dihubungi telah melahirkan rasa puashati di atas kejayaan yang dicatat oleh Nor Ameerah dan Raihanah.  Menurut beliau kejayaan ini adalah hasil usahasama semua pihak termasuk guru-guru STEMZA yang bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan warga STEMZA.

Menurut beliau lagi kejayaan ini adalah adalah kejayaan yang kedua bagi warga STEMZA selepas keputusan PMR baru-baru ini yang menayksikan 20 orang pelajar mendapat 8A. Kejayaan ini telah sekaligus meletakkan STEMZA menduduki tempat pertama dalam senagai sekolah harian.



Nor Ameerah dan Raihanah berkongsi kejayaan.



Saksikan wajah-wajah mereka yang ceria..............


Your admin: Ustaz Abdul Manan Ali

Monday 21 March 2011

KURSUS PENATARAN PRINSIP AKAUN 3756-3 DI STEMZA

Suatu kursus Penataran Prinsip Akaun 3756-3 bagi Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA). Kursus tersebut telah dijalankan pada 21 dan 22 Mac 2011 iaitu hari Isnin dan Selasa bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari.  Kursus tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 40 orang guru Prinsip Akaun  dari seluruh Kuala Terengganu.

Menurut penyelaras bertindak penceramah bagi kursus tersebut En. Mohd Talib bin Abdul Wahab yang juga merupakan Guru Cemerlang Prinsip Akaun kursus ini penting bagi mendedahkan kepada bentuk skima pemarkahan baru bagi guru-guru yang mengajar Matapelajaran Prinsip Akaun.







Sunday 20 March 2011

Mohd Syafiq Awang Johan Badminton Kuala Terengganu Utara

Jelas tergambar kegembiraan apabila dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Badminton Kuala Terengganu Utara (KTU). Itulah yang dapat digambarkan apabila Mohamad Syafiq Awang pelajar tingkatan 5 Al Idrisi dijemput naik ke pentas untuk menerima hadiah kemenangannya.

Menurut beliau usaha gigih seseorang pasti membuahkan hasil. Jika kita berusaha dengan cukup bersungguh-sungguh maka pastinya kejayaan akan menjadi milik kita. Mohammad Syafiq Awang bukan sahaja seorang yang berpengalaman luas dalam sukan badminton tetapi dalam sukan bolasepak.

Mohamad Syafiq diapit oleh Tuan Pengetua dan PK Ko

Saturday 12 March 2011

Tsunami Jepun - Kebocoran Reaktor Nuklear Adakah Chernobyl Kedua

Ekoran dari peristiwa Tsunami tersebut maka 2 buah loji nuklear Jepun telah dilaporkan mengalami kebocoran. Setakat ini ia tidak melibatkan nyawa manusia meskipun sumber menyebutkan bahaw sekurang-kurangnya 4 orang mengalami kecederaan. Berita ini disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan bahawwa berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi. Katanya, “Kami sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan kami akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut,”.

Walaubagaimana pun dikhuatiri kebocoran ini akan membawa kepada bencana alam yang kedua selepas kebocoran loji nuklear di Chernobyl Rusia.

Peristiwa Chernobyl  adalah tragedi kebocoran nuklear yang berlaku pada 26 April 1986, di Pusat Nuklear Chernobyl di Ukraine (kemudiannya Ukrainian Soviet Socialist Republic,sebahagian daripada Soviet Union). Ia dianggap perisitwa kebocoran nuklear yang terburuk dalam sejarah dan satu-satunya Peristiwa Kebocoran Peringkat ke 7 berdasarkan skala nuklear antarabangsa  International Nuclear Event Scale.



Kemusnahan ini berlaku pada 26 April 1986, di reaktor nombor 4 di Pusat Nuklear Chernobyl, berdekatan bandar  Pripyat dalam Republik Sosialis Ukraine Rusia,  semasa ujian sistem. Letupan punca tenaga eleitrik telah berlaku secara tiba-tiba, kemudian percubaan dilakukan untuk menutup sistem secara emergency.


Kemudian letupan yang lebih besar berlaku  yang membawa kepada letupan simpanan tenaga nukear  dan beberapa letupan besar yang lain/. Kejadian ini telah  menyebabkan bahan-bahan graphite moderator dari reaktir ini terbebas ke udara dan bertindak balas. Hasil dari tindak balas ini telah menyebabkan kebakaran besar dan kesan tindakblas radioaktif telah terbebas ke udara dalam ruanglingkup yang luas, termasuk Pripyat.


Habuk dan tindak balas ini dapat dilihat sehingga ke barat  Soviet Union, Timur Eropah, Eropah, Barat Erpkah dan Selatan Eropah. Banyak kawasan di  Ukraine, Belarus, dan  Russia telah terpaksa dikosongkan, dengan sejumlah lebih dari 336,000 telah terpaksa ditempatkan semula. Berdasarkan data-data resmi kerajaan Soviet lebih kurang 60% daripada abu tersebut mendarat di Belarus.

Sila lihat video di bawah untuk mendengar liputan kebocoran loji nuklear jepun:



Your admin: Abdul Manan Ali

Tsunami Jepun: Pantai Batu Buruk dinaiki air

Ekoran dari kejadian gempa di laut Jepun dan Tsunami yang melanda utara Jepun itu maka Pantai Terengganu menerima sedikit tempias apabila air laut telah naik sehingga ke kawasan Kolam Renang dan memenuhi kawasan kedai-kedai menjual makanan di sekitar Pantai Batu Buruk. Walau bagaimanapun air yang naik tidak berbentuk Tsunami tetapi naik secara tenang dan melimpah. Ini jelas ekoran paras air laut di Laut Cina Selatan yang melebihi paras biasa. Jika difikirkan tidak mustahil air laut ini boleh naik lebih tinggi lagi sehingga ke Open Universiti dan kawasan sekitarnya. Peristiwa air naik pasanng di Pantai Batu Buruk ini berlaku pada awal pagi lebih kurang jam 1-5 pagi dan berakhir lewat pagi 12 Mac.

Satu lagi kejadian aneh ialah dilaporkan seorang nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan telah terserempak dengan ikan lumba-lumba di pantai Kuala Terengganu. Ikan spesis ini sebenar tidak pernah kelihatan di sini. Tetapi dipercayai iannya sesat sehingga ke pantai Terengganu kerana melarikan diri daripada bunyi ultra-sound yang berkembang di dalam laut akibat gempa yang melanda Jepun yang amat kuat sekuat 8.9 pada skala ritcher itu.


Apa yang dapat difikirkan di sini ialah marilah kita melihat perkara sebagai suatu peringatan dari Allah. Allah telah menyebutkan dalam alQuran bahawa di sisi Allah ada banyak tentera antaranya air itu sendiri. Jelas hanya dengan air boleh merubah muka bumi Jepun menjadi padang jarak padang tekukur. Marilah kita sama-sama bersyukur dengan keadaan kita yang masih selamat walaupun dikelilingi negara-negara yang berisiko Tsunami. Dan marilah kita menambahkan kataqwaan kita kepadNya yang menguasai langit dan bumi. Allah Tuhan  Seru Sekelian alam.

Your admin: Ustaz Abdul Manan Ali 

Malapetaka Japan - Hari kedua 13 Mac 2011



Kadar  kematian dari gempa bumi yang membunuh dan juga tsunami yang telah meranapkan bandar pesisir pantai Jepun telah mencecah 900 orang menurut sumber polis.

Menurut Agensi polis Kebangsaan  seramai 688 orang telah disahkan terkorban, 642 hilang manakala 1,570 dilaporkan cedera dalam bencana yang menimpa pada tengahari Jumaat kelmarin.  Data polis itu tidak termasuk jumlah kematian yang dikeluarkan secara berasingan oleh  polis Bandarata Sendai, yang menyatakan sekurang-kurangnya 200 dan sehingga 300 mayat telah dijumpai terapung di pantai berdekatan.




Pembantu kanan dan jurucakap kepada Perdana Menteri Naoto Kan , Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa adalah dipercayai lebih dari 1,000 orang telah terkorban.

Disebalik kesukaran tugas-tugas menyelamat yang dihambat pula oleh faktor masa telah menyaksikan lebih banyak nyawa gagal diselamat di sepanjang kawasan pantai yang menerima pukulan paling hebat iaitu Pulau Honshu, di mana ombak gergasi telah memusnahkan atau merosakkan lebih daripada 12,250 rumah dan bangunan-bangunan lain. Sekurang-kurangnya 2,400 rumah telah dihanyutkan oleh arus Tsunami, manakala lebih dari 100 rumah terbakar. Menurut polis lagi terdapat tidak kurang dari 60 tanah runtuh




Diterjemahkan dari:
http://www.montrealgazette.com/news/Death+toll+nears+Japan+quake+tsunami/4431038/story.html


Berikut adalah kadar kematian terakhir detik dari:
http://www.bloomberg.com/news/2011-03-13/latest-figures-on-casualties-resulting-from-japan-tsunami-disaster-table.html

Kadar kematian yang diakibatkan oleh Tsunami apabila gempabumi sekuat 8.9-magnitude melanda Jepun pada Mac 11meningkat kepada  689, menurut  Agensi Polis Kebangsaan pada  8 a.m. di  Tokyo.

The following table breaks the numbers down by prefecture:
Hokkaido          1
Aomori            3
Iwate           258
Miyagi          178
Yamagata          1
Fukushima       206
Tokyo             5
Ibaraki          17
Tochigi           3
Gunma             1
Chiba            13
Kanagawa          3

Police officials estimate 200 to 300 dead in an inaccessible
coastal area near Sendai City, in Miyagi.

Total Missing           639
Injured               1,570

Your admin: Abdul Manan Ali

Friday 11 March 2011

Tsunami 11 Mac 2011 melanda utara Jepun

Semua yang berlaku di atas muka bumi ini adalah atas kehendak Allah. Dan setiap yang berlaku adalah dengan tujuan tertentu. Kejadian Tsunami di Timur Jepun mencecah 8.9 pada skala ritcher adalah merupakan yang terburuk dalam tempoh 140 tahun. Setakat ini angka korban menjangkau 300 orang. Ini tidak termasuk mereka yang terperangkap di jalan keretapi bawah tanah yang belum dapat diselamatkan. Disamping itu dua penjana tenaga nuklear juga telah meletup dan terbakar.

Tidak kurang 20 negara yang turut terlibat dengan kesan tsunami di Jepun antaranya Russia, Taiwan, Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Fiji, Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia dan Peru. Australia dan  New Zealand juga disenaraikan pada peringkat awal tetapi kemudiannya dikeluarkan dari senarai berisiko setelah mendapati tidak menerima kesan tersebut dalam jangka masa yang diramalkan.

Bagi kita umat Islam kita menerima berita ini sebagai suatu amaran dari Allah. Dalam keadaan manusia mengejar dunia dan semakin meninggalkan akhirat padahal jarak masa kiamat semakin hampir maka tentera-tentera Allah akan sentiasa datang untuk memeberikan amaran kepada penduduk dunia supaya insaf dan kembali kepada Allah. 

Saksikan beberapa video  yang sempat diambil dari you tube. Saksikan dan ambillah pengajaran darinya.
















Your admin: Ustaz Abdul Manan Ali  

Thursday 10 March 2011

SPM 2010 dalam kenangan

Setiap yang datang pasti akan pergi. Setiap yang baru akan menjadi lama. Namun persahabatan yang dijalin akan semakin erat. Persahabatan yang bermula dengan satu pertemuan akan menjadi akrab dan seterusnya akan menjadi semakin erat. Persahabatan yang baik akan kekal selama-lamanya. Elakkan persahabatan kamu dari diregut oleh eleman yang merosakkannya. Jangan biarkan fitnah menjadi penghalang antara kamu dan sabahat kamu. Selidikilah sesuatu berita sebelum menerimanya bulat-bulat. Sesungguhnya untuk menghancurkan persahabatan adalah lebih mudah dari untuk mendirikannya.

Jadilah sahabat yang kuat dan kukuh serta tidak mengenal perbalahan. Sanggup berkorban apa saja malah nyawa demi untuk kepentingan mereka yang kita sayang. Sebagaimana persahabatan Nabi Muhammad dengan para sahabat RA. 

Walaupun ke mana kamu pergi kamu tetap anak-anak STEMZA. Samada kamu berjaya dengan cemerlang atau tidak kamu tetap insan yang cemerlang. Selagi mana kamu percaya kepada diri mu sendiri kamu tetap akan mencipta kejayaan. Jadilah warga STEMZA yang berpegang pada janji dan sentiasa mengingati pengorbanan guru. Kata Saidina Ali, ketika menceritakan perihal gurunya, "Sesiapa yang mengajarkanku walau satu huruf nescaya aku akan mengabdikan diri ku kepadanya selama-lamanya".

Saksikan sotoran pelajar-pelajar SPM STEMZA 2010 dalam kenangan.

Wednesday 9 March 2011

Majlis Pelancaran Nilam 2011

Pada hari Ahad 6 Mac yang lepas telah berlangsung Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah di Dewan Mestika. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail bin Kusri. Turu hadir dalam majlsi tersebut ialah Penolong Kanan Pentadbiran Hajjah Zaimah binti Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Mohd Razali Bin Sidek dan Penolong Kanan Kokurikulum  Tn. Hj. Mohd Sharif Bin Mohamad Noor.

Dalam majlis itu juga Tuan Pengetua telah mengumumkan kejayaan Pusat Sumber STEMZA yang dikendalikan oleh En. Ahmad Nazli b. Muda meraih anugerah 4 Bintang dalam penarafan pusat sumber IQPSS.

Tahniah kepada AJK Pusat Sumber STEMZA yang bekerja keras dalam menaikkan taraf Pusat Sumber sekolah dan tahniah sekali lagi di atas kejayaan mengendalikan Majlis Pelancaran Nilam. Semuga sukses selalu.

Foto: Ustazah Norislalizan
Laporan: Ustaz Abdul Manan Ali


Barisan pengurusan STEMZA

Gimik Pelancaran Nilam 2011
Tuan Haji Ismail bin Kusri Pengetua STEMZA
Cikgu Marzuki berlatarbelakangkan baner pelancaran Nilam
Upacara menandatangani gimik berupa buku oleh Tuan Pengetua
Salah seorang pemenang membacakan sajak
Antara pemenang utama Nilam 2010
Cikgu Nazli penyelaras Pusat Sumber STEMZA menerima anugerah


Pemenang Nilam bergambar dengan Cikgu Aina dan Cikgu Rohanu
AJK Majlis Pelancaran Nilam mengambil kesempatan bergambar...

Sunday 6 March 2011

Persembahan Pancaragam STEMZA di SK Darat Batu Rakit

Pada hari Rabu minggu lepas iaitu 2 Mac 2011 Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku MIzan KUala Terenggaanu (STEMZA) telah dijemput mengadakan persembahan di Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit. Pad hari tersebut SK Darat Batu Rakit telah mengadakan Sukan Olahraga mereka. Dan pasukan Pancaragam STEMZA dijemput untuk memeriahkan acara penutup sukan olahraga tersebut.

Bagi pihak pengurusan STEMZA amatlah berbesar hati kerana Pasukan Pancaragam telah dijemput ke majlis tersebut. Pasukan Pancaragam telah melakukan yang terbaik dan insyaAllah akan menerima jemputan jika diundang ke sekolah-sekolah yang lain.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa menurut pungutan suara yang dijalankan maka didapati bagi kawasan disekitar Batu Rakit dan Maras maka para pelajar sekolah rendah lebih berminat untuk memilih STEMZA sebagai feeder school kerana meminati Pasukan Pancaragam  sekolah.

Pada hari tersebut guru yang mengiring Pasukan Pancaragam ialah Cikgu Ain dan Cikgu Zuriana. Saksikan gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

Juru foto: Ain
Laporan: Abdul Manan Ali


Friday 4 March 2011

Lawatan Pelajar Lepasan PMR 2010 Ke Cameron Highland

Bersama Cikgu Asri memang menyeronokkan. Banyak program kaunselor yang dijalankan bersama pelajar. Ada program motivasi dan ada program lawatan. Kali ini lawatan pelajar lepasan PMR sebagai menuhi masa yang terluang lepas peperiksaan ke lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Cameron Highland. Lawatan ini djalankan pada bulan November 2010 tetapi baru sekarang sempat diuploadkan. Antara guru yang dapat menemani pelajar ialah Cikgu Asri sendiri, Cikgu Fadhli, Cikgu Ain, Cikgu LIza, Cikgu Fatihah dan Cikgu Nasra. Terimakasih kepada semua yang terlibat. Find your face among those.

Thursday 3 March 2011

Sotul Mizan STEMZA Membuat Persembahan Sempena Maulidul Rasul

Kumpulan Nasyid Soutul Mizan ialah sebuah kumpulan nasyid yang tidak asing lagi bagi penggemar nasyid di peringkat Negeri Terengganu. Kumpulan nasyid tersebut di tubuhkan di  Sek Men Kebangsaan Tengku Mizan Kuala Terengganu. Selain dari memenangi beberapa pertandingan di peringkat Kuala Terengganu Utara dan Peringkat Negeri kumpulan ini juga selalu menerima undangan untuk mengadakan persembahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antaranya kumpulan nasyid ini telah dijemput untuk mengadakan pesembahan di Festivel Nasyid kebangsaan yang diadakan di Masjid Kristal Pulau Wan Man. Dalam festival ini kumpulan Nasyid Soutul Mizan telah berkongsi pentas dengan Kumpulan Ranbbani.

Begitu juga baru-baru ini kumpulan nasyid ini juga telah menerima undangan mengadakan persembahan di Padang dan Bukit Tinggi Indonesia semepana dengan Program Pertukaran Kebudayaan antara Malaysia dan Indonesia.

Saksikan video klip persembahan kunmpulan nasyid ini di Majlis Maulidul Rasul Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan.