Thursday 28 April 2011

Hari Inovasi STEMZA 2011

Pada hari Rabu 27 April 2011 telah berlangsung hari Inovasi STEMZA. Program tersebut telah disertai oleh wakil dari berbagai pihak. Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah pameran bahan inovasi oleh kelab dan persatuan, pameran dari NGO, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Soutul Mizan dan jualan oleh kelab dan persatuan untuk mengutip dana bagi kelab masing-masing.

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan (STEMZA) Hari Inovasi pada tahun ini kelihatan lebih meriah berbanding tahun lepas kerana penyertaan dari berbagai pihak dan turut dimeriahkan oleh persembahan kumpulan nasyid yang membuat persembahan sepanjang berlangsungnya pameran yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga ke jam 1.00 tengahari.

Menurut orang kuat pameran ini yang juga penyelaras SAM Cikgu Rosyatimah beliau juga telah menjemput sekolah-sekolah menengah dan rendah dari kawasan Kuala Terengganu. Tidak hairanlah kenapa keadaan nampak begitu meriah dan berwarna warni.

Antara sekolah yang datang ialah Sekolah Memengah Lembah Bidong, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Sekolah Memengah Integrasi Batu Rakit, Sekolah Kebangsaan Maras, Sekolah Kebangsaan Bukit Wan dan banyak lagi.

Beberapa orang pelajar yang ditemui menyatakan rasa bertuah kerana dapat turut serta dalam pameran kali ini. Tidak kurang dari 30 hasil inovasi pelajar yang dipertandingkan dan pemenang akan terpilih untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Inovasi SAM peringkat Daerah dan Negeri.

Ikuti rakaman video dan koleksi gambar di bawah.




Wednesday 27 April 2011

Demo Aksi Peragut Jalanan oleh PDRM

Pada hari selasa 12 April yang lepas Persatuan Kadet Polis  Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Kuala Terengganu (STEMZA) telah menjemput pihak PDRM untuk mengadakan demonstrasi peragut. Demonstrasi tersebut yang diadakan  bersempena dengan hari aktiviti kokurilulum sekolah telah dijayakan oleh orang kuat Kadet Polis iaitu Cikgu Marzuki. Demo tersebut diadakan pada jam 3.00 waktu tempatan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pelajar. Syabas kami ucapkan.

Sila ikuti rakaman video demonstrasi ragut oleh PDRM IPD Kuala Terengganu. Awas jangan tiru aksi ini. You Tube telah meng"flag"kan video ini sebagai "inapropriate". Walau bagaimanapun ini adalah sekadar aksi demonstrasi untuk dijadikan tauladan. Ingat tu yang baik jadikan tauladan dan yang buruk tu jadikan sempadan.

Ikhlas dari Ustaz Manan....

Thursday 14 April 2011

Kem Ibadat Solat Siri 1 2011

Pada 13 April yang baru lalu telah berlangsung Program Kem Ibadat Solat. Program tersebut adalah merupakan siri yang pertama bagi tahun 2011. Kem tersebut dijayakan oleh Unit Bina Insan. Terdapat 8 orang ustaz dan ustazah yang menjadi fasilitator kepada 89 orang pelajar. Disamping itu Unit Bina Insan juga menggunakan khidmat bekas pelajar STEMZA iaitu Kamil dan Habibullah untuk lebih mewujudkan proses "kemenjadian" kepada kem solat ini.

Nampaknya sambutan daripada pelajar adalah sangat menggalakkan. Untuk siri yang pertama ini pelajar yang terlibat adalah dari 3 kelas yang terakhir iaitu Kelas 1 Saad Abi Waqqas (SAW), 1 Zubair Al Awwam (ZA) dan kelas 1 Talhah Ubaidillah (TU). PrograM berjalan dengan lancar seawal jam 8.00 pagi di mana Ustaz Abdul Manan Ali selaku ketua Fasi memberika intro berbentuk zikir munajat dan peringatan. Kemudian bekas pelajar memberikan kata-kata motivasi. Seterusnya pelajar dipecahkan kepada 8 kumpulan. Setelah berehat untuk makan pada jam 10.00 pagi. Kem disambung lagi dengan bahan LDK kedua dan berakhir dengan kuiz di surau Al Mizan pada jam 2.00 petang.






Friday 1 April 2011

Majlis Akur Janji Pelajar PMR SPM Sek. Men. Tengku Mizan

Baru-baru ini telah berlangsung majlis akur janji pelajar-pelajar PMR dan SPM  Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin di Dewan Mestika. Majlis tersebut telah dirasmikah oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dengan jayanya.

Majlis tersebut bermula pada 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan Lagu Sultan dan akhir sekali lagu sekolah. Kemudian para pelajar berpeluang mendapat suntikan semangat dari pada Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail bin Kusri. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Pegawai Pelajaran Daerah.

Seterusnya ialah majlis angkat sumpah aku janji pelajar serta penyerahan  surat akur janji kepada Tuan Pengetua. Ikuti gambar-gambar yang telah disusun dalam video yang pertama dan rakaman video sepanjang program di video yang kedua.





Ikhlas dari your admin:
Ustaz Manang