Friday 27 May 2011

Mesyuarat Guru-Guru STEMZA kali Ke 2 2011

Hari terakhir sekolah untuk semester pertama 2011 iaitu 26 Mei sekolah telah mengadakan Mesyuarat Guru bagi membincangkan segala masalah yang bersangkutan dengan guru sesuai dengan genapnya tempoh perkhidmatan selama 6 bulan. Beberapa perkara dibincangkan dan dianalisa agar dapat diambil tindakan untuk memperbaiki tempoh perkhidmatan yang masih berbaki 6 bulan bagi tahun 2011. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Zaimah Ibrahim Penolong Kanan Pentadbiran kerana Tuan Pengetua Haji Ismail bin Kusri terpaksa menghadiri Perayaan Guru Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Dungun pada tahun ini.

Kak Nik dan Cikgu Azlina

Cikgu Zakaria membentang Sistem Data AMIS

Sebahagian guru perempuan mengikuti mesyuarat

Dari kiri Ustaz  Abdul Manan GCPI admin StemzaSohor dan Cikgu Zamri

Daei kiri Cikgu Akla, Cikgu Nazri sukan  dan Cikgu Rozmi Projek PMR

Kanan sekali Cikgu Khairudin yang mengintai tu Cikgu Marzuki

Friday 20 May 2011

Peperiksaan OTI 1 2011

Setiap usaha perlu dinilai. Apabila tidak dinilai maka tidak akan ada peningkatan. Ini kerana seseorang yang berusaha itu tidak merasakan bahaswa usahanya dihargai. Kerana itu maka wujudlah peperiksaan. Peperiksaan ini dilalui oleh seseorang manusia sejak ia kecil lagi dan ianya berterusan sehinggalah ia meningkat dewasa dan menjadi tua.

Sesungguhnya kita sekarang ini sedang menghadapi peperiksaan dan keputusan peperiksaan itu akan kita dapat di padang mahsyar nanti. Tunggulah samada anda dapat berapa A atau langsung tidak ada A.... di hadapan Allah Rabbul Jalil.

Pelajar Ting. 1 Zubair Al Awwam sedang menghadapi peperiksaan

Isk isk susah nya soalan ni...........

Thursday 19 May 2011

Nostalgia STEMZA 1979-1983

Dalam duk jalan-jalan kat net tu ana jumpalah gambar-gambar lama STEMZA dulu. Semua gambar-gambar lama jumpa kat blog http://rosmawatidris.blogspot.com/2008/10/nostalgia-stemza-1979-1983.html. Wah memang kelas zaman dulu-dulu semuanya free-hair. Nampak banyak gambar PBSM yang muncul tentu dulu PBSM tersohor kat STEMZA.

Gambar-gambar tu tahun 1980 gitu. Maknanya dah 30 tahun berlalu. Ye lah kalau fikir-fikir ye kita ni pun akan jadi gitu jugak dalam tempoh 30 tahun lagi kalau kita masih ada orang akan tengok gambar kita pulak ya.
Apa pun enjoy the pictures dan yelah manalah tahu kalau-kalau ada yang kenal....wassalam

Salam dari admin Ust. Manan

Ni dekat parking Pengetua

Jamuan  kelas seronok juga ya....

Isk kat mana ni ya cikgu lama tentu tahu

Persatuan catur memang teror

Ni kaki lepak ke ni. Eh mak sedara lah tu.........

Ni kelas eeerrr...........5IBR atau .....

Eh bukit kat belakang tu sama je 30 tahun lalu ngan sekarang

Gambar ni tentu tepi pagar sekolah sebab tu bangunan koperasi tu

Cewah kelas betul macam Hail Amir je

Memang dulu rupanya PBSM famous lening camna yek...kena hidupkan

Rentas desa tahun 1980....eeeeeh kedai belakang tu macam sama je

Ni PBSM lagu aktif betul

Satu babak dari filem "dia ibuku"....ni mesti kelas 3SUS sekarang

Barisan guru 1980 an...kelas gitu

Ni orang kampung ke cikgu

Eeeer wei .....ni hau ma   PK HEM kot

Cepat.. lari...cepat...lari... cepat

Atlit dan piala yang dimenangi...camna STEMZA sekarang!!!

Ha ni lagi atlit perempuan....syabas

Cikgu STEMZA 1980

Barisan guru lelaki

Perayaan hari guru .....dikir barat ke

Terima kasih cikgu Rosmalaili, Diana dan Wan Nor Aiza

Hari ini genap 19 Mei maka berakhirlah tempoh masa kursus latihan untuk dua orang guru yang membuat ROS di Sek Men Keb  Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA) mereka ialah Cikgu Roamalaili dan Cikgu Diana. Sekarang mereka sudah secara rasminya menjadi guru. Kalau dulu mereka hanya mengetahui bagaimana rasanya menjadi guru dari mulut orang lain akan tetapi kini mereka sudah boleh menceritakan kepada orang laion hakikat dan bagaimana rasanya menjadi guru. Pahit manis  dan asam garam menjadi guru sudah terpahat dalam diri mereka yang sudah bersama guru-guru STEMZA sejak 3 bulan yang lalu. Salam perpisahan juga diucapkan kepada guru ganti (bersalin) iaitu Wan Nor Aiza yang juga tamat tempoh gantiannya pada hari ini.

Bagi mereka pengalaman ini cukup happening dan tidak pening. Mereka diraikan dalam satu majlis ringkas dalam bilik guru yang dihadiri sama oleh Tuan Pengetua STEMZA Tuan Haji Ismail Kusri bin Ismail. Bagi semua warga stemza kami mendoakan semuga mereka selamat melayari bahtera kehidupan yang telah mereka terokai. Dan walau dimana sekalipun mereka berada semuga sukses selalu. Itu antara harapan yang diluahkan oleh penyelaras mereka iaitu cukgu Zamri. Selamat berpisah dan kepada mereka kami ucapkan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalai ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi.........

salam ceria selalu.

Tun Pengetua disamping kek yang ditempah untuk majlis

Tuan Pengetua menerima cenderamata perpisahan


Cikgu Zamri selaku mentor juga mendapat cenderama

Diana Jipmon (UPSI)
Nama: Diana Jipmon
Lahir: 5 Feb 1987. Hospital Ranau, Sabah.
Alamat: Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, P.O. Box 209, 89507 Penampang, Sabah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Psikologi Sukan (UPSI)
Hobi: Melakukan aktiviti lasak
Sukan: Taekwando
Motto: I am the best
Email: djipmon@yahoo.com
Hp:  0104314110

Rosmalaili bt Rahim (UPSI)
Nama; Rosmalaili Rahim
Lahir: 25 Nov 19687
Tempat: Kg Padang Kemunting, Batu Rakit
Alamat: No 216, Felda Jerangau Barat, 21820 Ajil, Terengganu
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Psikologi Sukan (UPSI)
Hobi: Bersukan dan beriadah
Sukan: Semua
Motto: Come with hope return with succes
Email: roseeliey@yahoo.com
HP:  0199701185

Wan Nor Aiza Wan Azzam (Ganti bersalin)

Nama: Wan Noor Aiza Wan Azzam
Alamat: Lot 8461, Kampung Surau Padang Kemunting
Face book: anis aniza
Dedication: First experience (and) is very exiting! Its like come back 2 old school (smile) thanks 2 STEMZA (smile again)
HP: 0199642241/0139441729


Salam ceria from your admin - Ust Manan

Monday 16 May 2011

Perayaan Hari Guru SMK Tengku Mizan Zainal Abidin 2011

Sambutan Hari Guru adalah satu hari yang menggembirakan buat guru. Hari ini adalah satu hari di mana guru diraikan dan disanjung oleh para pelajar. Segala penat lelah yang dicurah selama setahun penuh dihargai pada hari ini. Guru kaulahh bintang kaulah segalanya.

Tema sambutan hari guru pada tahun ini adalah "Guru Menjana Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan hari guru STEMZA pada tahun ini dikelolakan oleh Kelab Guru. Pada awal pagi acara sukaneka dijalankan dan diikuti dengan acara dewan pada jam 10.00 hingga 1.00 tengahari. Ikuti rakaman gambar yang sempat diambil oleh admin Stemza Sohor.

Pengetua menerima kek dari YB Kazan

Rombongan guru masuk ke Dewan Mestika

Pelajar yang tidak sabar menunggu acara bermula

Guru menyanyikan lagu Guru Malaysia

Cikgu Azhari mengetuai acara mengangkat sumpah

Haji Kusri membacakan perutusan Menteri Pelajaran

Gimik Hari Guru ..... apa ye

Ish terkejut ambo....ruponya budak dalam ni

Meniup lilin kek hari guru

Bismillah makan ya jangan tak makan

Persembahan coral speech

Persembahan kelas arab...wah bertepuk sakan

Pasukan pancaragam memainkan lagu Siti Norhaliza

Berbalas pantun guru murid

Persembahan Badan Pengawas ...er ala ala Kopratasa gitu

Cewah caya lah Cikgu Azahari membaca sajak Osman Awang

Persembahan sketsa kelas ISUM...juvana

Semuga bertemu lagi di perayaan hari guru 2012

Ikhlas dari admin Stemzasohor Ustaz Manan