Friday 26 August 2011

Majlis Khatam alQuran dan Hadiah Duit Raya 2011

Sebagai menutup tirai Program Ihya Ramadhan SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu maka pihak Bina Insan dengan kerjasama unit-unit lain telah mengadakan Majlis Khatam alQuran dan Pemberian Duit Raya bagi pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik.

Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Untuk melengkapkan Majlis Khatam alQuran seramai 4 orang guru telah menyertai program iaitu Ustaz Manan sendiri, Cikgu Asri, Cikgu Zakaria dan Cikgu Fadhli sementara seramai 17 orang pelajar lagi telah dipilih menjadikan jumlahnya seramai 25 orang.

Majlis dimulakan dengan Ustaz Manan membaca Surah alDhuha dan diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang lain. Selesai majlis khatam alQuran majlis telah diserahkan kepada Ustazah Norish Karman yang mengendalikan majlis pemberian duit raya kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan  acara bersalaman antara semua pelajar dan guru diiringi lagu raya. Suasana amat ceria dan indah sekali sesuai dengan konsep hari raya aidil fitri yang diwujudkan.

Saksikan petikan gambar dan video sekitar majlis tersebut.


















Ustaz Abdul Manan Admin STemZa Sohor

















Salam Salam Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dari admnin dan semua warga STEMZA

Wednesday 24 August 2011

Pertandingan Mewarna (Ting 1 sahaja) Sempena Ihya Ramadhan

Pada hari Selasa 23 Ogos Unit Bina Insan SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu telah mengadakan pertandingan mewarna Masjid Kristal sempena Ihya Ramadhan. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar tingkatan 1 sahaja.

Pertandingan ini antara lain bermatlamat mencungkil bakat melukis di kalangan pelajar baru khususnya pelajar tingkatan 1. Disamping melahirkan dan memupuk semangat cintakan masjid dan cintakan Islam dikalangan pelajar-pelajar STEMZA.

Pertandingan ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari. Penyertaan adalah secara eksklusif di mana hanya pelajar yang berminat sahaja yang mengikutinya.

Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan lebih kurang 50 orang bakat-bakat pelukis dari pelajar tingkatan 1. Saksikan kehebatan mereka.




















Tuesday 23 August 2011

Kem Ibadat Solat 3

Satu kem yang dinamakan sebagai Kem Ibadat Solat 3 Anjuran Majlis Adat Istiadat Agama Islam Melayu Terengganu telah diadakan di Kem Latihan Motivasi Pejabat Agama Islam Terengganu Batu Rakit. Kem tersebut telah diadakan pada 21-23 Ogos 2011. Penyertaan adalah dari seluruh sekolah daerah Kuala Terengganu.

Kem ini dibuat dalam 2 sessi. Sesi pertama adalah untuk pelajar perempuan iaitu dari 21-23 sementara tarikh 24-26 adalah untuk pelajar lelaki. Penyertaan adalah seramai 10 orang dari setiap sekolah.

Pihak Sekolah dengan kerjasama Unit Bina Insan telah menghantar seramai 10 orang pelajar STEMZA ke kem tersebut. Sebagaimana yang dijanjikan tepat jam 11.00 pagi bas yang mengangkut pelajar ke tapak kem telahpun sampai bersama Ustaz Zakaria Penolong Pengarah SPIM JPN Terengganu.

Saksikan wajah ceria peserta kursus Kem Solat yang terdiri dari pelajar Tingkatan 2 TU.










Salam Ramadhan dari Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi - Admin STeMZa Sohor