Wednesday 28 September 2011

Nor Sarah ke hospital

Malang tidak berbau. Seorang pelajar tingkatan 1 iaitu Nor Sarah telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dengan kemalangan. Beliau adalah pelajar tingkatan 1 Saidina Umar dan berasal dari kampung Maras.

Ketika kemalangan itu berlaku beliau sedang dalam perjalanan untuk ke rumah cikgu Sam iaitu guru Pasukan Pancaragam Sekolah. Dalam masa yang sama Mohamad Hakiki seorang lagi ahli Pasukan Pancaragam Sekolah  juga sedang dalam perjalanan pulang dari rumah cikgu Sam. Semasa mengambil selekoh berbahaya yang berdekatan dengan rumah cikgu Sam itulah kemalangan itu berlaku.

Akibat kemalangan tersebut kaki kanan Farah telah disimen untuk dimasukkan besi disamping ada luka besar dipermukaan kaki kanan beliau. Diharap Sarah cepat sembuh dan dapat mengikuti pembelajaran sepeeti biasa.

Ustaz Manan bersama beberapa orang pelajar 1 SUM iaitu Iqlima, Faizah, Murfiqah dan Aina telah melawat Sarah. Lawatan itu disambut dengan hati yang terbuka oleh Farah yang ditemani ibunya dan kakaknya.

Ikuti lensa SETMZA Sohor bersama Sarah di hospital............








Monday 26 September 2011

Terimakasih Cikgu Noor Aziela Jasamu Dikenang




Hari ini 27 September genaplah tempoh perkhidmatan Noor Aziela bt Mahadi sebagai guru ganti di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Baliau yang ditempatkan sebagai guru GSTT menggantikan Cikgu Samad yang telah memohon cuti rehat selama setahun kerana sebab-sebab kesihatan.

Cikgu Aziela telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai guru ganti dan memberika komitmen yang amat memberansangkan kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali pihak pengurusan dan warga sekolah yang lain.

Berikut adalah butiran Cikgu Aziela:

Alamat:
4357 Kg. Teluk Ketapang
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Tel:0199746277

Opsyen: Pendidikan Islam dan Komputer Grafik

Universiti: UPSI

Hobi: Membaca Novel

Tempih berkhidmat: 03.08.2011 - 27.09.2011

Saturday 24 September 2011

Bas masuk gaung

Hari jumaat lepas sewaktu dalam perjalanan ke Kota Bharu. Kami telah terserempak dengan sebuah bas yang baru saja masuk ke dalam gaung. Mujurlah kemalangan itu tidak melibatkan kehilangan nyawa. Sewaktu kami melalui jalan itu orang ramai sudah bersurai dan yang ada hanya seorang wartawan harian metro.

Dari maklumat yang StemzaSohor dapati kemalangan itu berlaku pada jam 6.30 pagi hari jumaat dan hanya melibatlkan 2 orang iaitu driver bas dan pembantunya yang cedera ringan.

Ai kalaulah ada penumpang rasanya bahaya jugak ning. Bas tu langgar pokok dan terus terjun ke gaung. Sama-sama kita lihat gambarnya.








Saturday 17 September 2011

Perayaan Berkembar Diambang Kemerdekaan dan Hari Raya

Pada 15 September 2011 yang lalu telah diadakan perayaan berkembar iaitu Di ambang Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri.

Meskipun raya telah berlalu lebih kurang dua minggu yang lalu namun kemeriahan hari raya masih terasa dengan jadual rumah terbuka yang masih padat.

Pihak pengurusan STEMZA telah memilih hari Khamis 15 Sept. sebagai tarih merayakan hari raya kerana ianya bersamaan dengan perayaan di ambang kemerdekaan dan dirayakan serentak.

Acara pagi itu dimulakan dengan perayaan diambang kemerdekaan. Seperti biasa setelah semuanya berkumpul lagu negaraku dinyanyikan kemudian lagu selamat sultan dan lagu sekolah. Kemudian pengetua membacakan perutusan dari Perdana Menteri Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan bacaan sajak oleh Cikgu Azahari seorang penyajak terkenal yang perkhidmat di Pahang....ehem katanya pernah membacakan sajak dimajlis rasmi kerajaan Pahang.

Setelah setelah majlis tersebut semua pelajar bersurai. Majlis berehat selama 15 minit. Tepat jam 11.00 pagi semua pelajar mula mengambil tempat di khemah masing-masing untuk memerihkan majlis sambutan hari raya.

Jamuan diadakan di dewan utama di mana semua kelas diberikan ruang untuk menghidangkan makanan masing-masing dan para guru bebas berjalan ke mana-mana gerai atau khemah yang diperuntukkan untuk kelas-kelas masing-masing. 

Majlis dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu permintaan Hari Raya. Guru-guru dan pelajar semuanya nampak seronok. Majlis bersurai pada jam 1.30 tengahari.

Ikuti rakaman lensa stemzasohor................