Sunday 20 November 2011

Projek Jalur Gemilang oleh Unit Bina Insan dan Ex PMR 2011

Dalam masa singkat nak cuti pun masih sempat menyiapkan Projek Jalur Gemilang di dinding blok Kemahiran Hidup. Inilah dikatakan kerja guru tak kenal masa.

Projek ini dianjurkan oleh Unit Bina Insan STEMZA dengan kerjasama pelajar-pelajar PMR 2011. Asalnya projek tu nak dilaksanakan sebaik sahaja selepas pelajar habis periksa PMR namun kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka terpaksa di bawa kehadapan. Akhirnya dapat juga disiapkan 3 hari sebelum cuti sekolah iaitu pada hari  Selasa 15 Nov 2011.

Terimakasih kepada pelajar-pelajar Ex-PMR 2011 yang mengambil bahagian dan juga kepada beberapa figure dari tingkatan 4 seperti Hakiki dan Faiz.

Memang hasilnya amat memberangsangkan dan cukup hidup sekali....
Tahniah kepada semua yang menjayakan.

Wah tekunnya

Add caption

Cat dinding ke bendera...Hakiki eksyen

Cepat posing... aik nak bersihkan cat pulak

Aaaaa yang ni baik sikit 

Shahrul, Hakiki dan Ustaz Manan



Last day bersama Faiz

Leave it to the expert

Sentuhan tone warna seragam terakhir

Ada bakat ................

Ni hasilnya

Memang menjadi

Effect nya jelas kan.............


Nanti ruang yang lain dalam perhatian

Majlis Perpisahan Cikgu Nor Fatehah

Pada hari Khamis yang baru lalu iaitu hari terakhir persekolahan yang jatuh pada 17 Nov 2011 kami guru-guru STEMZA telah mengadakan majlis bagi meraikan perpisahan Cikgu Nor Fatehah yang telah dapat berpindah ke Kuala Lumpur.

Majlis perpisahan ringkas itu diadakan di kantin yang tukang masaknya siapa lagi kalau bukan Cef Yasin. Teacher Fatehah bukan main lagi sebak sedih menangis-nangis sampai habis mekap cair. Tahu je le Fatehah ni kuat mekap.

Semua guru pun ikut sedih sama....cuma kami buat dek je  kerana nak sembunyikan rasa sedih. Tapi ramai jugek guru yang tak dek kerana ada separuh tu jaga peperiksaan SPM di sekolah lain dan ada separuh lagi tu kena kursus di Gambang macam Cikgu Fadhli dan Cikgu Aina. Tapi Ustaz Manan selaku admin stemzasohor.blogspot.com mantain ada.

Sebenarnya Cikgu Fatehah telah memohon untuk berpindah sejak 3 tahun yang lalu. Maklumlah suami di Kuala Lumpur dia di sini manalah bahagia. Orang kata hari-hari makan hati berulam jantung. Eh kalau tak caya tanya empunya badan. Dengar cerita suami cikgu Fatehah bekerja di JKR Kuala Lumpur.

Sama-samalah kita doakan semuga cikgu Fatehah berbahagia disamping suami tercinta di Kuala Lumpur. Macam doa ustaz Manan semasa doa akhir dan doa makan,  "Ya Allah Engkau kurnianakanlah kebahagian kepada Teacher Fatehah di samping suaminya...................."

Ustaz rasa ramai pelajar yang tidak tahu mengenai berita perpindahan Teacher Fatihah ni. Tentu ramai kome yang akan terkejut sakan bila buka sekolah nanti tengok-tengok Teacher Fatehah dah tak ade yek.

Kalau macam tu saksikanlah gambor-gambor majlis perpisahan dan satu video klip yang sempat ustaz rakamkan.


Ucapan terakhir seorang "teacher"

Para guru sedang memenuhi ruang

Semua mata terarah kepada Fatehah

Dari Kanan Pengetua Padang Kemunting, Pengetua STEMZA
dan Kak Badariah Ketua Bidang Sains

Posing Teacher Fatehah untuk StemzaSohor 

Dari Kiri Kak Dah, Kak Rosnah dan Cikgu Sam

Ramai gak guru ni 

Fatehah menerima hadiah dari Panitia B.Ingg

Cikgu Akla mewakili Kelab Guru

Kak Maznah mewakili bilik Ketua Bidang

Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Bagi para pelajar yang hilang atau terhilang jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia boleh download di link di bawah ini:

Download jadual SPM di sini.

Akhir kata salam sayang dari kami guru-guru STEMZA untuk semua calun SPM tahun ini.

Tuesday 8 November 2011

Lagu Rasmi SMK Tg. Mizan STEMZA

Pada bulan September yang lalu saya udah kirimkan satu video Lagu Rasmi STEMZA dan kali ini saya kirimkan satu lagi. Kiriman yang lepas diambil semasa majlis sambutan diambang kemerdekaan dan hari raya Aidil Fitri jadi masa tu pelajar semua berpakaian hari raya. Kedudukan barisan pun tidak teratur. Jadi kali ini saya rakamkan sekali lagi lagu Rasmi STEMZA dan kali ini semua pelajar berpakaian sekolah. Jadi saya rasa lebih sopan dan teratur.

Saksikan ....khas untuk semua pelajar STEMZA yang dikasihi............

Jamuan Akhir Tahun Guru-Guru STEMZA

Maaf kerana lewat hantar post untuk liputan Jamuan Akhir Tahun Guru-Guru STEMZA ni. Sebenarnya jamuan ini diadakan pada hari Rabu 2 Nov yang lalu. Jamuan kali ini sama seperti mana jamuan tahun lepas diadakan di Hotel Primula. Cuma bezanya tahun lepas jamuan ni diadakan di Cafe Bistro tapi kali ini di tingkat 12 hotel yang dinamakan Dewan Gamelan.

Kali ini agak ramai guru yang tidak dapat hadir seperti Cikgu Jusa, Cikgu Talib, Ustazah Norislalizan dan beberapa orang lagi. Sungguhpun begitu Ustaz Manan tak pernah miss.

Yang paling ketara pada tahun ini ialah fesyen baju guru-guru perempuan punyalah berambu-ramba. Masing-maisng menggayakan pakaian terbaru siap dengan labuci dan manik. Boleh dikatakan baju tu tak pernah dipakai lagi di sekolah.

Tahun ni Cikgu Asri jadi pengerusi. Dah 2 tahun cikgu Marzuki jadi pengerusi. Untuk pengetahuan kallian AJK Kelab Guru dipilih 2 tahun sekali. Jadi pada tahun ini tidak adalah pemilihan. Untuk pengetahuan kalian juga pengerusi Kelab Guru ialah cikgu Rosyatimah - ex guru SMA Khairiah. Sementara Naib Pengerusinya ialah Cikgu Akla. Cikgu Akla ni setengah budak kata baik setengah budak kata bengken..... wallahu aklam.

Ok tentu boring dengar celoteh saya kan ha saksikan gambar-gambar guru anda sekelian yang anda sayangi membuat posing untuk lensa "Stemza Sohor".....wassalam

Ucapan Pengerusi Kelab Guru Cikgu Rosyatimah

Pengerusi bertugas Cikgu Asri Kaunselor

Pengetua kita sedang berucap


Cikgu Zaini tilik apa tu............

Ni gambar ambik sendiri....caya tak

Tim Pengerusi PIBG

Amboi Cikgi Mazanah senyum simpul dapat hamper

Saya rasa memang projek ni kena buat... he he he

Rozmi, Zakaria dan Jusarim

Apa yang seronok sangat tu....


Ustaz Manan, Tim. Pengerusi PIBG dan Tuan Pengetua

Cabutan bertuah

Cikgu Da dan teamnya

Aaa kalau Fatihah dan Nasra memang posing habis

Meja ni yang tua-tua sikit lah sana muda-muda

Betul tak saya cakap semuanya berangi-rangi

Meja pekerja swasta

Ustazah Zabedah

Kak Norehan...emmmm SAPS dah siap ke

Cikgu Zaleha.... ik jangan ambil lah ustaz

Antara view Dewan Gamelan

PIBG menerima hamper dari pihak sekolah


Alllah malu lah pulak...isk isk isk ....Cikgu Zaini

Sapelah bakal pemilik basikal ni...beruntung orangnya

Bergambar bersama....Pengetua baru sat habis mesyuarat
dengan Pengarah..... terus datang jamuan.