Wednesday 29 August 2012

Projek Keceriaan SMK Cendering, Kuala Terengganu.

Sebagai jurulatih PBSM Daerah Kuala Terengganu maka dua minggu lepas saya ada menghadiri kursus kejurulatihan PBSM Sektor Kuala Terengganu di SMK Cendering.

Saya ni kan peminat landskap maka apa lagi mata saya pun meliarlah mencari apa yang dibuat oleh guru dan kaki tangan sekolah tersebut. Sekali pandang saja dah nampak dengan jelas mercu tanda sekolah mereka. Satu pintu gerbang yang besar yang ditulis dengan Taman Sumber Lestari.

Dari saiz dan ukuran pintu itu saya dapat agak kerja tersebuat dilakukan oleh 5 hingga 6 orang. Mungkin guru dan pelajar. Selain itu mural mereka pun bagus jugak. Cantik dan menyerlah. Alah entum semua tengoklah sendiri ya. Ni gambar-gambarnya...............








Hentian Maidam - Projek terbaru Majlis Agama Islam Terengganu

Bagi mereka yang crewet dan mencari lokasi yang benar-benar bersih untuk menjamu selera makan samada makan pagi atau makan tengahari maka kami cadangkan satu lokasi baru bagi mereka iaitu Hentian Maidam Kampung Padang Air Kuala Terengganu. Lokasi tersebut adalah berdekatan Pekan Batu Enam.

Saya sendiri adalah antara mereka yang cerewet untuk makan dan mencari kedai makan. Kadang-kadang tu untuk makan pagi saja di hari cuti umum saya memandu sehingga hampir 15 kilometer sehinggalah terjumpa kawasan atau kedai yang betul-betul 'ngam' dengan selera. Aaaaaa jangan salah faham ya ini bukannya macam orang kata apa sampai menyusahkan bukan. Ini adalah kerana ikut Islam النظافة من الايمان maksudnya kebersihan itu sebahagian dari iman kan.

Jadi saya nak cadangkan Hentian Maidam ni. Sebut saja Maidam maka orang Terengganu akan tahu bahawa ianya ada kaitan  dengan Majlis Agama. Maidam adalah singkatan dari nama Majlis Adat Istiadat Agama Terengganu.

Ini adalah merupakan antara pelaburan yang dikeluarkan oleh Maidam untuk memenuhi cita rasa rakyat negeri Terengganu dan sekaligus pelancung yang masuk ke negeri Terengganu.

Ya tempatnya bersih, makanannya banyak dan sedap, layanannya baik. Oh ya cuma satu saja....free sitting dan kena self servis. Which means cari tempat duduk yang sesuai samada hujung ka kanan ka kiri ka ikut kesesuaian ....kemudian order makanan.

Sila saksikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan dengan hand set samsung advance.



















Masjid Raja Bukit Besar

Dulu saya ada post satu Masjid yang sudah siap besar betul di Cendering Kuala Terengganu. Namanya Masjid Raja Cendering atau nama sebenarnya Masjid Sultan Mahmud (ayahnda kepada Sultan Mizan).

Sekarang saya akan ceritakan pula satu masjid baru yang juga besar batul yang saya rasa lebih besar dari Masjid Raja Cendering yang juga dinamakan sebagai masjid raja iaitu Masjid Raja Bukit Besar.

Bagi penduduk sekitar Kuala Terengganu tentu tahu sangat ada satu masjid lama yang seni binanya memang ada ciri-ciri reka bentuk lama. Orang Pasir Panjang, Bukit Besar dan kawasan sekitarnya memang bersembahyang jumaat di masjid itu. 

Ceritanya kemudian masjid itu mendapat peruntukan besar untuk memperbesarkan  masjid sesuai dengan sebutannya sebagai masjid raja. Kini  pembinaan Masjid Raja Bukit Besar sudah hampir siap sepenuhnya. Gambar-gambar yang saya ambil ini adalah pada 10 Ogos 2012. Mungkin kini pembinaannya sudah hampir siap sepenuhnya.

Sebenarnya semua perkara ada baik dan buruknya. Memang masjid lama kita sayang dan ada unsur-unsur nostalgia cuma mungkin ruangnya tidak dapat memuatkan jumlah penduduk yang semakin ramai. Khabarnya Masjid Raja baru ini memang besar dan dapat memuatkan beberapa ribu orang. Bahagian bawahnya tempat parking kereta. Dan ada pula dewan untuk kegunaan orang ramai.

Bersama kita lihat gambarnya. Errrr kalau dah siap nanti saya akan post gambar terbaru. Wassalam.



Masjid sementara




Monday 27 August 2012

Majlis Iftar SMK Tg. Mizan Zainal Abidin 2012

Sebagai melengkapkan puasa Ramadhan 2012 SMK Tg. Mizan telah dengan bangganya menjayakan Majlis Iftar  Ramadhan. Majlis tersebut dijayakan pada hari Khamis 9 Ogos 2012. Pada tahun lepas majlis yang sama juga diadakan akan tetapi pihak sekolah telah memilih untuk meraikan para pengawas sekolah. Maka pada tahun ini pihak sekolah telah memilih untuk meraikan anak-anak yatim pula.

Dalam majlis ini seramai 170 orang anak-abak yatim yang terlibat. Mereka adalah dari tingkatan 1 hingga 5. Buat masa ini STEMZA belum ada tingkatan 6. Majklis bermula seawal jam 6 petang. Dalam majlis itu saya sebagai 'the one and the only' ustaz di sekolah itu diamanahkan untuk menyampaikan tazkirah ringkas disusuli dengan tahlil arwah.

Majlis tersebut dihadiri oleh Pengetua dan pengurusan sekolah dan diceriakan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi PIBG dan para ajk. Dalam majlis pada kali ini para VIP tidak dapat menghadirkan diri kerana pada tarikh yang sama Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama PM Malaysia Datuk Najib diadakan di lokasi berdekatan. Ikuti beberapa keping gambar yang sempat samsung saya rakamkan.
















Pertandingan Melukis Masjid Kristal 2012

Kalau sebelum ini kita mengadakan pertandingan melukis baner bagi pelajar tingkatan 4 maka Unit Bina Insan STEMZA juga tidak lupa kepada pelajar tingkatan 1. Untuk mereka kami adakan Pertandingan Melukis Masjid Kristal 2012. Program ini diadakan pada 7 Ogos 2012 sempena bulan Ramadhan al Mubarak.

Seramai 50 orang pelajar tingkatan satu yang menyertai pertandingan ini. Jelas sekali terpampang diwajah mereka keriangan sewaktu melakukan kerja-kerja melakar dan akhirnya mengecat masjid Kristal ini. Ikuti rakaman imej di bawah.