Monday 30 December 2013

Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Dan 4 2014

Tarikh 31 Dis 2014 Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2014 telah dilangsungkan dengan jayanya. Program bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Ucaptama majlis tersebut telah disampaikan oleh Dr. Jamaluddin Helmi bin Hasyim Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Sunday 29 December 2013

Mesyuarat pertama guru-guru STEMZA 2014


Mesyuarat guru-guru stemza buat kali pertama bagi tahun 2014 telah diadakan pada tanggal 26 Dis 2013. Mesyuarat JKS diadakan pada 29 Dis manakala mesyuarat HEM dan KoKurikulum diadakan pada 30 Dis.

Dalam mesyuarat pada hari ini pengetua telah datang dengan penampilan baru iaitu bersongkok. Khabarnya baru pulang dari mengerjakan umrah.

Antara guru yabg disahkan bertukar ialah Cikgu Fadhli ke SMK Tengku Bariah. Cikgu Rozita Md Zin ke SMK Sultan Ahmad sebagai ketua bidang. Dan cikgu Nazri ke JPNT sebagai Penyelaras Kokurikulum.

Selamat bertugas kepada semua guru dan staf STEMZA.

Monday 11 November 2013

Majlis Persaraan Hajjah Hasnah Bt Abdullah

Genap 27 tahun berkhidmat di 6 buah sekolah maka Hajjah Hasnah binti Abdullah telah sampai ke penghujung perkhidmatannya pada hari ini. Pengalaman mengajar bermula seawal 1985 dan tamat pada hari ini 12 Nov 2013.

Beliau yang menjawat jawatan Ketua Bidang Kemanusiaan merupakan seorang guru yang amat bersopan-santun, peramah, berkeliber, prihatin dan profesional.

Semuga masa persaraan yang dilalui ini akan diisi sepenuhnya bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang.

Majlis anugerah hafazan Maidam Stemza 2013

Seramai 28 orang pelajar SMK Tg Mizan telah layak untuk menerima anugerah imbuhan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu kerana berjaya menghafaz surah-surah pilihan dalan alquran terutamanya yasin.

Masing-masing menerima RM70 hingga RM100 bseserta sijil penghargaan.

Semuga lebih ramai pelajar yang dapat menghafal surah-surah dalam alquran.

Sunday 10 November 2013

Anugerah Exxomobil 10 Oktober 2013....

Dua orang pelajar SMK Tengku Mizan Zainal Abidin iaitu Anis Syahirah Bt Mohd Shafie dan Mas Muharami Bt Zulkifle telah berjaya mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang Exxonmobil 2013.

Anugerah tersebut yang diadakan di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh YB Hj Zubir Bin Embong Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu. Telah Seramai 200 orang menerima anugerah tersebut yang meliputi darjah empat sehingga tingkatan 6 atas.

Monday 7 October 2013

Cara buat gazebo kayu

Askm saya nak syare di sini cara buat gazebo kayu. Gazebo ini saya jumpa di hadapan SK Pusat Cabang Tiga Kuala Terengganu.

Dari segi binaannya nampak mudah je. Hanya guna kayu 2x2  dan 1x2 je. Saya rasa kos nya yak banyak dalam RM150 je.

Aaaa apa lagi bagi peminat gazebo kayu bolehlah mulakan sekarang.

Sunday 6 October 2013

Hari terakhir CC

Esok adalah merupakan hari terakhir CC Kak Dah di STEMZA. Khidmat beliau selama hampir 15 tahun akan dirindui. Eaok 7 Okt adalah hari persaraan CC STEMZA. Terimakasih Kak Dah.

Monday 30 September 2013

Majlis Restu Ilmu PMR 2013

Seramai 178 orang pelajar akan menduduki peperiksaan PMR di STEMZA pada tahun ini.

Majlis rrstu ilmu ini adalah majlis yang ketiga yang diafakan seumpamanya.

Diharapkan para pelajar dapat menjawab yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.