Monday 29 July 2013

Program Baca Yasin Sempena Ihya Ramadhan

Pada kebiasaannya di sekolah kami yasin dibaca setiap pagi khamis.waktunya dari jam 7.25 hingga 7.50. Kan tetapi pabila masuk bulan Ramadhan bacaan yasin dilebarkan kepada setiap hari waktu yang sama. Walaubagaimana pun ianya untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 saja. Manakala pelajar kelas peperiksaan tingkatan 3 dan 5 ke surau untuk solat hajat baca yasin dan solat dhuha.

Semuga program kerohanian ini akan membina keperibadian pelajar yang lebih berketerampilan, berwibawa dan berakhlak mulia.

Sunday 28 July 2013

Cara Simpan Kasut

Alahai baru-baru ni saya sekeluarga berkunjung ke Giant Kuala Terengganu. Beli kasut rayaaa jeeeeeeerrrrrrr

Ketika berkunjung ke salah sebuah kedai di sana saya amat tertarik hati dengan cara pekerjanya menyimpan kasut.

Selama ni saya tertanya-tanya bagaimana cara menyimpan kasut di tempat penyimpanan. Bila melihat saja cara yang mereka gunakan maka teka teki saya terjawab. Memang canggih. Anda saksikanlah sendiri.

Pos Laju Courier Penuh Sesak

Lokasi pos laju courier ini adalah yang kedua selepas pusat bandar Kuala Terengganu. Tapi keadaan masih sesak. Dulu semasa di pusat bandar keadaan memang sesak kerana masalah parking. Kini setelah berpindah dan dengan bebanan masa dan urusan operasi yang semakin bertambah maka kelihatannya pos laju semakin sesak.

Bangunannya memang besar tetapi kaunternya terlalu kecil.

Bagi saya pos laju perlu berpindah lagi. Kali ini tempat yang lebih besar.

Friday 26 July 2013

Ketupat Daun Tebu

Kali pertama lihat ketupat daun tebu di pasar tani Padang Hiliran bersebelahan dengan psdaraya Giant rasa teruja betul. Kata pengusahanya dia telah mengusahakan ketupat daun tebu ini selama 4 tahun. Tetapi saya sendiri orang Terengganu hanya baru hari ini lihat ketupat daun tebu ni. Memang enak rasanya.

Kami beli RM3. Kerana bulan puasa jadi kami tak boleh rasa. Anak saya yang umur 4 tahun kata lapar jadi dia pun makan. Anak saya yang darjah satu pun kata dia belum sahur lagi jadi dia pun makan tak sampai 2 minit kami toleh belakang habis ketupat daun tebu mereka berdua sapu.

Anak kami yang tingkatan satu mula bising. Tak jadik abah. Kita orang nak rasa jugak.

Apa lagi kami pun pusing balik beli lagi. Kali ni RM4. Ni tak sabar-sabar nak berbuka ni. Rasalah sendiri kenakan ketupat daun tebu. Made in Terengganu.


Thursday 25 July 2013

Masjid Tok Ku Paloh

Masjid Tok Ku Paloh atau nama sebenarnya iaitu Masjid Tok Ku Tuan Besar terletak lebih kurang 3 kilometer darinpusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini telah dibaikpulih menjadikannya lebih besar berbanding saiz asalnya. Di zaman kecil dan remaja saya selalu sembahyang jumaat di masjid ini kerana ianya terletak hanya 1 kilometer setengah dari rumah saya.

Masjid ini tekenal kerana keunikan rekabentuknya yang tradisi. Bukan itu saja malahan nama Tok Ku Paloh sendiri adalah cukup sinonim dengan sejarah perjuangan rakyat Terengganu menentang penjajah British. Tok Ku Paloh juga dikatakan telah dilantik menjadi penasihat Sultan Zainal Abidin iaitu nenda kepada Sultan Mizan yang memerintah Negeri Terengganu pada hari ini. Tidak hairanlah maka cucu Tok Ku Paloh iaitu Ustaz Syed Omar kini dilantik pula menjadi penasihat Sultan Mizan.

Binaan asal masjid ini hanya dapat memuatkan lebih kurang 800 orang jemaah dalam sekali waktu solat jumaat. Oleh kerana itu timbul desakan dari jawatankuasa yang inginkan kawasan yang lebih besar.

Kerja membaikpulih dilakukan dengan belanja RM200 ribu kesemuanya dari kutipan derma ahli jemaah. Sstelah dibaikpulih ianya kini boleh memuatkan hampir 1500 orang dalam satu waktu solat jumaat. Pun begitu keadaan masih sesak kerana kedudukannya yang hampir dengan Mydin Mall Terbesar Pantai Timur dan juga pasaraya Giant. Apatah lagi kini sedang disiapkan 4 blok 13 tingkat kondo rakyat bersebelahan dengan Pasaraya Giant. Jelas kelihatan pada hari jumaat ramai pekerja Bangladesh yang solat disini.

Sudut AlSajadah

Antara surah yang dianjurkan kita menghafalnya ialah surah al sajadah. Selain dari itu termasuklah surah almulk, alinsan dan yasin. Kesemua surah tersebut adalah antara surah yang dihimpunkan dalam Majmuk AlShifak yang diterbitkan oleh Unit Bina Insan

Dalam usaha untuk memastikan pelajar benar-benar menghadaz surah alsajadah maka Unit Bina Insan telah menyediakan satu ruang khas di panggil sudut alsajadah. Di sudut tersebut dilekatkan surah alsajadah bersaiz 12 kaki x 9 kaki.

Semuga usaha ini akan mendapat keberkatan dari Allah dan memberikan impak yang positif kepada pelajar STeMZA.

Salam menghafaz dari Ustaz Abdul Manan penyelaras Unit Bina Insan STeMZA.

Lawati www.doktorjawi.com dan www.ustazarab.com

Majlis Jamuan Iftar Ramadhan 2013

Iftar Ramadhan SMK Tengku Mizan tahun ini mensasarkan anak-anak yatim. Pada tahun lepas pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Dan pada tahun sebelumnya ketua-ketua badan beruniform. 

Pengetua STeMZA Tuan Haji Ismail bin Kusri telah memilih hari khamis 25 Julai sebagai hari yang sesuai unruk program iftar  iaitu seminggu sebelum majlis khatam alquran. 

Seramai 44 orang guru dan 140 orang pelajar yatim turut hadir dalam majlis tersebut. Turut dijemput pengetua dan guru besar dari sekolah berdekatan serta para imam dari masjid berdekatan.

Dalam Islam meraikan anak-anak yatim adalah salah satu amalan yang terpuji maka dalam majlis iftar tersebut pihak jawatankuasa telah mengambil langkah-langkah yang rapi bagi memastikan anak-anak yatim STeMZA mendapat layanan yang sempurna. 

Alhamdulillah program yang dianjurkan oleh unit HEM melalui salah satu unit cabangnya iaitu Unit  Bina Insan itu telah berjalan dengan lancar.

Wednesday 24 July 2013

Ceramah Ingat Sebelum Kena -Ting 1

Khusus untuk pelajar tingkatan 1 satu ceramah motivasi bertajuk Ingat Sebelum Kena. Ceramah disampaikan Kaunselor Puan Rosnani Emily binti Jauing dari SMKA Tok Jiring. Katanya orang Sarawak. Pelajar disajikan dengan had aurat antara pelajar dan cara berpakaian mengikut Islam. Program dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

Suatu ceramah yang amat berguna untuk semua pelajar tingkatan 1 sebagai panduan mereka dalam kehidupan yang akan datang.

Tazkirah Ramadhan

Sebagai memuliakan bulan Ramadhan Unit Bina Insan SMK Tengku Mizan telah mengadakan tazkirah ramadhan setiap pagi khamis. Bermula jam 7.25 hingga jam 7.50 pagi.

Minggu pertama Ustazah Norish. Minggu kedua Ustaz Abdul Manan dan Minggu ketiga iaitu pada tarikh 25 Julai Ustazah Norish diberi kepercayaan sekali lagi untuk memberikan tazkirah Ramadhan.

Semuga program tersebut dapat mengupgradekan diri kita dalam menjalankan  pengibadatan dalam bulan Ramadhan.

Salam puasa dari Ustaz Abdul Manan, semua ajk unit bina insan, semua guru dan pelajar STEMZA.