Wednesday 29 June 2011

Majlis jamuan sempena Puan Zaimah ke SMK Kompleks Mengabang Telipok

Pada petang hari Rabu 29 Jun 2011 telah berlangsung majlis makan sempena meraikan perpisahan Puan Hajjah Zaimah mantan PK1 SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu ke SMK Kompleks Mengabang Telipok.

Majlis tersebut diadakan di Anjung Bistro Hotel Primula Kuala Terengganu. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengetusi PIBG STEMZA. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua kemudian ucapan Puan Hajjah Zaimah. Puan Hajjah Zaimah kelihatan agak sedih kerana ini adalah pertemuan rasmi terakhir antaranya dengan staf STEMZA. Dalam rencana yang lepas kami ada menyebutkan bahawa Puan Zaimah memulakan kariernya di STEMZA sebagai PK Ko kemudian dinaikkan menjadi PK HEM. Seterusnya menjadi PK1 dan akhirnya berpindah ke SMK Kompleks Mengabang Telipok sebagai Pengetua.

Semua nampak ceria dan seronok. Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh admin STEMZA Sohor Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi

Meja VIP

Cikgu Zaini dengan gaya tersendiri

Renungan tajam Nora Kaunselor

Cikgu Ikhtiani sarat mengandung tapi datang juga

Wah sedap bebenor nih....

Bergambar kenangan dengan Kak Mah - Me first right

Ramai nak bergambar kenangan

Jangan lupakan persahabatan ini ya......


Monday 27 June 2011

Majlis Peyampaian Watikah Kepimpinan Pelajar 2011

Pada tarikh 27 Jun 2011telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah kepada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan PRS Unit Kaunseling. Program tersebut telag dirasmikan oleh S.I. Awi bin Ahmad iaitu Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Terengganu.

Program tersebut berlangsung di Dewan Mestika yang bersejarah dan dihadiri oleh semua guru dan pelajar yang terlibat. Diharap dengan penyampaian watikah ini maka pelajar-pelajar yang terlibat akan lebih bersemangat untuk berusaha ke arah kecemerlangan dan memastik SMK Tengku Mizan sentiasa cemerlang dan gemilang.

Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakam.



















Sunday 26 June 2011

GC STEMZA Ke Persidangan Guru Cemerlang Terengganu 2011

Pada hari Sabtu 25 Jun 2011 Persidangan Guru-Guru Cemerlang Terengganu telah diadakan. Persidangan ini bertujuan membuat perlantikan baru untuk Majlis Guru Cemerlang Terengganu (MGCT) yang bernaung dibawah Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM).

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan pembentangan kertas kerja oleh Ketua Nazir Negeri Terengganu bertajuk Peranan Guru Cemerlang Yang Semakin Terhakis. Majlis berhenti rehat pada jam 11.00 pagi.

Sesi kedua dimulakan dengan pemilihan caloh baru untuk jawatan Majlis Guru Cemerlang Daerah dan Negeri. Semua perwakilan memberikan undi yang terbaik dan akhirnya terbentuklah Pengurusan baru Majlis Guru Cemerlang Terengganu (MGCT) 2011.

STEMZA yang memegang rekod guru cemerlang kedua teramai selepas SMKA Sheikh Abdul Malik telah menghantar kesemua 7 orang guru  cemerlangnya untuk mengikuti persidangan tersebut. Iaitu Ustazah Saodah DG54, En. Rashid DG48, Ustaz Manan 48, Puan Zakiah DG48, En. Jusarim DG44, En. Talib DG44  dan Puan Norishlailizan DG44.

Ikuti gambar yang sempat dirakamkan di majlis tersebut.

Antara landskap yang menarik perhatian admin StemzaSohor

Sejuk mata memandang

Cikgu Rashid dengan teman seperjuanagannya

Ustaz Abdul Manan (admin StemzaSohor) dan rakan seperjuangannya

Cikgu Zakiah, kakaknya dan kawan semasa di Tok Jiring dulu

Antara perwakilan di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Marang

Mantan Yang Dipertua MGCT Tuan Haji Jaafar Bajuri

Pembentang kertas kerja Timbalan Ketua Nazir Terengganu

Hadirin sedang khusyuk mendengar ceramah



Saturday 25 June 2011

Solat Hajat PMR Dan SPM STEMZA 2011 Bermula Sudah

Kami di SMK Tengku Mizan merasakan bahawa pelajar adalah merupakan asset yang amat penting untuk masa depan negara. Justru itu mendidik mereka bukanlah suatu kerja yang calang-calang.

Bagi pelajar PMR dan SPM persediaan minda dan rohani amat penting dimulakan dari awal lagi. Kerana itulah kami sudah memulakan Program Solat Hajat seawal Jun.

Setiap pagi pelajar PMR dan SPM akan ke surau dalam masa yang paling singkat iaitu lebih kurang 10 minit. Kemudian mereka akan kembali ke kelas. Kecusali pada hari Khamis mereka akan  membaca Yasin disurau dan bukan di Dewan seperti pelajar ting. 1,2 dan 4.

Saksikanlah bagaimana khusyuknya pelajar STEMZA bermunajat memohon ampun dan keredhaan dari Allah.









Amali Solah Dhuha

Solat dhuha merupakan satu ibadat solat sunat yang amat dituntut oleh Islam ke atas semua umatnya. Proses menjadikan solat sunat ini satu kebiasaan dan kelaaziman amatlah payah justeru itu Unit Bina Insan telah melaksanan satu program dipanggil Amali Solat Sunat Dhuha.

Program ini yang julung-julung kalinya dilakukan telah mensasarkan pelajar tingkatan 1 Zubair al Awwam sebagai sasaran. Ternyata program ini mendapat sambutan  yang amat menggalakkan dan diminati oleh pelajar. Apa yang diharapkan agar solat ini menjadi satu kelaziman kelaziman kepada pelajar lebih-lebih lagi dalam musim menghadapi peperiksaan.

Oleh Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi

Solat Dhuha membina jiwa pelajar

Isma Syawal dengan berani mengimamkan Solat Dhuha

Wednesday 22 June 2011

STEMZA Ke Karnival Inovasi SAM Peringkat Negeri Terengganu 2011

Selama 3 hari iaitu mulai dari hari Selasa hingga Khamis seramai 6 orang guru dan 18 orang pelajar telah terlibat dalam program Karnival Inovasi SEM iaitu singkatan untuk School Enrich Model. Program tersebut berlangsung selama 3 hari mulai dari hari Selasa hingga ke hari Khamis. Hari Selasa yang merupakan hari pertama agak sibuk dengan kerja-kerja pemasangan model. Hari kedua iaitu hari Rabu ialah Majlis Pelancaran dan pertandingan yang disempurnakan oleh YB Ahmad Razif iaitu Exco Pendidikan Negeri Terengganu.

Hadiah utama karnival SEM kali ini diraih oleh SMA Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. dengan hasil inovasi mereka Easy Bulb Changer iaitu sejenis alat menukar bulb atau mentol lampu yang amat kreatif dan mudah digunakan.

STEMZA menghantar beberapa orang guru untuk menyertai karnival pada kali ini diketuai oleh Cikgu Rosyatimah, Cikgu Wan Hasnah, Cikgu Rohana, Cikgu Noraziah (kaunselor) dan Cikgu Nor Azlina.

Sila ikuti beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya karnival ini.

















Greeting from your admin:
Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi