Saturday 18 June 2011

Puan Hajjah Zaimah Ibrahim Ke SMK Kompleks Mengabang Telipok

Setelah lebih kurang setahun menjawat jawatan sebagai PK1 maka dengan rasminya Puan Hajjah Zaimah binti Ibrahim telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Kompleks Mengabang Telipok. Majlis "menghantar" beliau telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Khamis 16 Jun yang baru lalu. Majlis tersebut dihadiri oleh Pengatua STEMZA, PK HEM, Ketua-Ketua Bidang dan Guru-Guru Cemerlang.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi apabila rombingan dari SMK Kompleks Mengabang Telipok telah datang untuk "mengambil" Puan Hajjah Zaimah. Setelah rombongan tersebut sampai ke sekolah mereka telah dijamu dengan "nasi ayam" di kantin sekolah.

Lebih kurang jam 10.30 pagi rombongan tersebut telah dihantar pulang dengan diiringi  oleh rombongan dari STEMZA. Admin STEMZA Sohor sebagai GC telah ikut serta. Kali ini bukan sahaja sebagai juru kamera bahkan juga sebagai driver Van PIBG STEMZA yang membawa rombongan Ketua Bidang. 

Sebaik sampai ke perkarangan SMK Kompleks Mengabang Telipok kami telah disambut dengan pukulan kompang. Seterusnya kami diarak ke Bilik Katering. Di sana kami dijamu sekali lagi. Kalau tadi rombongan SMK Kompleks dijamu dengan nasi ayam oleh pengurusan STEMZA kali ini kami dijamu dengan nasi minyak oleh pengurusan SMK Kompleks Mengabang Telipok.

Setelah jamuan makan. Ada ucapan alu-aluan oleh PK1 SMK Kompleks. Kemudian Puan  Hajjah Zaimah selaku Pengetua baru Kompleks telah ditunjukkan bilik Pengetua. Di sana semua jemputan  menandatangani buku pelawat. Kemudian semua yang hadir bergambar. Suasana amat menyeronokkan. Kata orang seronok campur pilu kerana orang yang kami sayang telah pergi meninggalkan kami.

Setelah berpelukan dan bersalaman akhirnya kami melangkah pulang setelah menyerahkan PK1 yang kami sayang kepada sekolah jiran kami yang sebenarnya hanya terletak 3 KM dari STEMZA.

Ya lah kata orang tuah ayam nampak di taji tapi tuah orang siapa yang tahu. Semasa saya mula-mula masuk ke STEMZA sebagai guru biasa Puan Zaimah(masa tu belum bergelar Hajjah) hanyalah PK Ko Kurikulum. Kemudian setelah PK HEM yang ada iaitu Puan Hajjah Kalsom dilantik sebagai Pengetua di sekolah baru iaitu SMK Mengabang Lekor, maka kekosongan jawatan PKHEM telah diisi oleh Puan Zaimah.

Setelah berlaku pengstrukturan baru pada tahun 2010 maka Puan Hajjah Zaimah telah dinaikkan menjadi PK1 dan setelah bertukar kepimpinan baru Pengarah JPN maka berlaku lagi pengstrukturan semula iaitu seramai 23 jawatan telah bertukar lokasi. Antaranya Puan Hajjah Zaimah telah dilantik ke jawatan Pengetua SMK Kompleks Mengabang Telipok.

Ini bermakna dalam  tempoh dari tahun 2009 hingga 2011 Puan Zaimah telah bergerak dari jawatan PK Kokurikulum ke PK HEM ke PK1 dan kemudian ke jawatan Pengetua. Syabas buat Puan Zaimah.

Saksikan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang majlis tersebut.

 


Cikgu Razali, Cikgu Rashid, Kak Senah dan Kak Badar

Sedang menunggu rombongan Kompleks

Kak Mah diapit guru Kompleks

Meja Ketua-Ketua Bidang

Enak makan nasi ayam

Diperkarangan SMK Kompleks

Jamuan Bilik Katering...........emm nasi minyak pulak

Haji Ismail diapit PK1 Kompleks

Menandatangani Buku Pelawat

Hari bersejarah buat Kak M ah

Meja ni kosong dah 6 bulan satu hari

Kini sudah ada tuannya menduduki kerusi baru..tahniah

Kak Mah memulakan tugas baru

Kak Mah, Haji Ismail dan PK1 Kompleks

Ustaz Manan (admin STEZA Sohor) dan Kak Mah
Bergambar Kenangan



Salam keihlasan dari Ustaz Manan
Admin STEMZA Sohor

No comments:

Post a Comment