Sunday 31 August 2014

Peperiksaan Percubaan PT3 2014

Hari ini Isnin 2 September 2014 bermulalah Peperiksaan Percubaan PT3 bagi semua calon PT3 STEMZA dan semua sekolah sekolah yang lain di negeri Terengganu. Manakala bagi negeri negeri pantai barat akan bermula esok. Mengikut jadual asal peperiksaan ini sepatutnya bermula hari Ahad bagi Pantai Timur dan Isnin bagi Pantai Barat akan tetapi oleh kerana hari Ahad adalah cuti hari Kemerdekaan maka tarikh tersebut dibawa ke hari ini.

Selamat menjawab diucapkan kepada semua pelajar dan diharap dalam mempertahankan kegigihan sehingga ke Peperiksaan PT3 yang sebenar.

Ikhlas Ustaz Abdul Manan Ali Al Merbawi aka Doktor Jawi
Www.doktorjawi.com

Monday 11 August 2014

Haji Ismail Pengetua SMK Tg Bariah

Tepat jam 1.00 tengahari kereta mercedez cikgu Nazli yang membawa Tuan Haji Ismail Kusri masuk ke perkarangan SMK Tengku Bariah. Hari ini secara rasminya pengetua Stemza akan mausuk ke SMKTB sebagai pengetua. Tuan Haji Ismail Kusri berkhidmat di Stemza selama 5 tahun bermula 2009 hingga 2014. Sementara saya masuk awal setahun iaitu pada 2009.

Banyak pencapaian yang telah beliau capai semasa mdnjadi pengetua. Antaranya menyiapkan projek surau sekolah. Menyiapkan 2 blok bangunan kelas 4 tingkat. Menyiapkan dewan sekolah. Mewujudkan pusat kokurikulum Stemza. Membina banyak lanskap sekolah dan banyak lagi program peningkatan pelajar yang tidak muat untuk disebutkan di sini.

Antara hobinya ialah bermain badminton dengan guru setiap petang rabu. Semuga semua yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Ismail Kusri akan kekal dalam.kenangan. Iuti gambar yang sempat dirakam dalam majlis sambutan pengetua bauu d SMKTBKT.

Www.ustazarab.com

Majlis Sambutan Hari Raya STEMZA

Pada 5 Ogos kami telah mengadakan majlis smmbutan hari raya yang sungguh meriah. Ssmua orang bersuka ria. Hari ini tidak ada orang miskin dan orang susah ssmuanya berpakaian baru dan berkasut baru. Hari jni tidak ada orang sedih kerana semuanya bergembira.

Majlis bermula seawal jam 10 pagi. Dimulakan bacaan doa oleh saya sendiri selaku the one and the only ustaz. Kemudian ucapan pengetua baru Hj Mohd bin Abu Bakar yang juga merupakan pengerusi persatuan pengetua seluruh Terengganu.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami dikejutkan dengan kehadiran YB Bazlan adun Batu Rakit. Secara keseluruhan majlis berjalan lancar dan pasti menjadi kenangan terindah buat semua guru, kakitangan dan pelajar Stemza.

Wassalam dari saya Ustaz Abdul Manan Ali aka Doktor Jawi
Jangan lupa lawati
www.doktorjawi.com