Monday 11 November 2013

Majlis Persaraan Hajjah Hasnah Bt Abdullah

Genap 27 tahun berkhidmat di 6 buah sekolah maka Hajjah Hasnah binti Abdullah telah sampai ke penghujung perkhidmatannya pada hari ini. Pengalaman mengajar bermula seawal 1985 dan tamat pada hari ini 12 Nov 2013.

Beliau yang menjawat jawatan Ketua Bidang Kemanusiaan merupakan seorang guru yang amat bersopan-santun, peramah, berkeliber, prihatin dan profesional.

Semuga masa persaraan yang dilalui ini akan diisi sepenuhnya bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang.

Majlis anugerah hafazan Maidam Stemza 2013

Seramai 28 orang pelajar SMK Tg Mizan telah layak untuk menerima anugerah imbuhan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu kerana berjaya menghafaz surah-surah pilihan dalan alquran terutamanya yasin.

Masing-masing menerima RM70 hingga RM100 bseserta sijil penghargaan.

Semuga lebih ramai pelajar yang dapat menghafal surah-surah dalam alquran.

Sunday 10 November 2013

Anugerah Exxomobil 10 Oktober 2013....

Dua orang pelajar SMK Tengku Mizan Zainal Abidin iaitu Anis Syahirah Bt Mohd Shafie dan Mas Muharami Bt Zulkifle telah berjaya mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang Exxonmobil 2013.

Anugerah tersebut yang diadakan di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh YB Hj Zubir Bin Embong Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu. Telah Seramai 200 orang menerima anugerah tersebut yang meliputi darjah empat sehingga tingkatan 6 atas.