Saturday 24 August 2013

Ustaz Manan Masuk TV

Seminggu yang lalu saya menerima panggilan telefon dari pihak JAKIM memberitahu bahawa saya dijemput untuk menjadi tetamu dalam rancangan Fikrah terbitan TV1.

Beliau memperkenalkan diri sebagai Cik Ratna penolong penerbit rancangan temu bual itu. Dua hari lepas tu saya menerima faks yang menjemput saya ke Studio IBC Angkasa Puri Kuala Lumpur. Jemputan itu adalah untuk menjelaskan modul yang saya bangunkan iaitu Doktor Jawi.  Program itu akan bersiaran selama satu jam dari jam 9.30 hingga jam 10.30.

Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana inilah masanya saya dapat menghebahkan maklumat ini kepada orang ramai. Dalam rancangan itu saya ditanyakan tetang bagaimana saya boleh mendapat idea menulis kaedah tersebut dan harapan saya sebagai seorang guru cemerlang pendidikan Islam.

Setengah jam kedua pula saya diminta menuliskan kaedah tersebut mengunakan papan putih. Semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah setwlah selesai rancangan tersebut  ramai yang.memberikan maklum.balas dan komen berguna.

Kepada yang ingin maklumat lebih lanjut sila layari www.doktorjawi.com

Debat Perdana 4 Ibnu Sina

Hari ini kita buat program debat untuk kelas 4IBS Kira P&P lah tu. Matlamatnya melahirkan pelajar yang berani, tegas, berketerampilan,  bertanggungjawab dan berdaya saing.

Ustaz dulu johan debat antara sekolah dan institusi pengajian. Jadi tulah nak turunkan ilmu pada anak murid. Bendenya tak susah cuma perlukan keyakinan.

Alhamdulillah setelah diberikan tunjuk-ajar semua dapat berdebat dengan baik.

Pok Lak Hari Raya Bilik Guru Baru

Bahang hari raya masih terasa. Jamuan sana sini. Cuma perut je yang sengsara. Hari ini jamuan pok lak bilik guru baru. Kalau bilik guru baru ni memang spesial sebab dia dihuni oleh semua guru wanita yang muda dan cantik-cantik. Memang bersemangat habis. Banyak makanan wow. Sampai tak larat nak makan.

Ada nasi arab,  nasi dagang, roti jala, kek, kuih raya, ais krim, satay dan banyak lagi.  Kepada mana-mana guru yang belum pergi silalah pergi sekarang. Lauk masih banyak.

Majlis Khatam AlQuran Dan Sumbangan Hari Raya 2013

Pada hari Khamis baru-baru ini iaitu tanggal 1 Ogos kami telah mengadakan Majlis Khatam Alquran Dan Sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin dan anak yatim.

Program tersebut dijayakan oleh Unit Bina Insan iaitu salah satu unit di bawah HEM sebagai pelengkap kepada program ihya Ramadan yang dijalankan sepanjang Ramadhan.

Dalam majlis khatam alquran itu seramai 19 orang pelajar dan 3 orang guru telah mengambil bahagian. Guru tersebut ialah saya sendiri iaitu Ustaz Abdul Manan, cikgi Zamri dan Cikgu marzuki.

Selesai acara Khatam alQuran majlis diteruskan dengan sumbangan hari raya yang melibatkan seramai 120 orang pelajar. Sumbangan disampailan secara bergilir-gilir oleh Tuan Pengetua dan PKHem. Sungguh meriah dengan suasana peserta yang mengenakan baju melayu bersamping lengkap.

Saya sempat juga disapa oleh salah seorang guru perempuan yang berkata "Eh ustaz acap-acap keluar pakai baju melayu macam ni isteri tak jeleous ke?". Saya jawab dah biasa.

Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman antara guru dan pelajar.

Tuesday 13 August 2013

Orang celebriti pun minat jawi

Pertemuan singkat saya bersama pengulas sukan TV3 Abu Bakar Atan telah menukar perspektif saya tentang orang seni. Kalau dulu saya menganggapkan mereka mempunyai kecenderungan yang tersendiri tetapi kini saya sudah boleh merasakan kelainannya.

Pertemuan singkat saya dengan pengulas sukan Abu Bakar Atan di Pantai Kemasik telah memberikan saya suatu ilham baru tentang bahan penulisan saya. Sebenarnya saya sedang dalam perjalanan ke Kuantan sementara saudara Abu Bakar Atan pula yang ditemani isterinya sedang dalam perjalanan ke salah sebuah pulau peranginan di Negeri Terengganu

Beliau yang tidak ditemani anak-anak nampak mesra dan mudah disapa. Beliau bertanyakan saya arah ke pulau tersebut lalu saya cuba memberikan jalan yang seringkas mungkin.

Sebagai penulis buku Doktor Jawi saya tidak membuang masa terus memberikan beliau satu naskhah buku Doktor Jawi dan menerangkan serba sedikit tentang isi kandungannya. Baliau dan isteri nampak begitu berminat dan amat berterima kasih kerana dihadiahkan sebuah buku yang apatah lagi ditandatangan sendiri oleh penulisnya.

Sebelum berpisah kami bersalaman erat. Lalu saya memberikan saya kad saya dan berkata kalau beliau menghadapi masalah di Terengganu silalah hubungi saya.

Beliau terus memerhatikan MPV yang kami sekeluarga naiki hinggalah hilang dari pandangan.

Kini bagi saya orang celebriti pun minat jawi.


Friday 2 August 2013

Berbuka puasa di Pulau Duyung

Sorry ya for men only. Jamuan berbuka puasa untuk guru lelaki dan kakitangan lelaki STeMZA. Pengetua, PK Hem dan PK Ko semua hadir.

Kali ni di Restoren Duyung Kita Pulau Duyung. MasyaAllah permandangannya sungguh menakjubkan. Sebenarnya tapak restoren tu adalah pasir yang ditambak. Dulu masa muda-muda saya biasa ke rumah seorang kawan di Pulau Duyung Kecil. Beliau adalah Ustaz Wan Nordin Wan Hassan guru agama di SMKA Tok Jiring Kuala Trengganu.

Ingat tak peistiwa pelajar SMKA Tok Jiring mati lemas masa aktiviti kokurikulum di Pantai Merang dulu. Rassnya tahun 1998 gitu. Peristiwa tu mengorbankan beberapa orang pelajar dan seorang guru. Aaaaa itulah Ustaz Wan Nordin. Rumah arwah terletak tak jauh dari restoren kami ni.

Alhamdilillah makanan sedap-sedap belaka. Sebenarnya ada juga guru lelaki nak bawak bini tapi susah lah sikit. Jamun ni kan eksklusif untuk lelaki saja.

Aaaaa ok sila tatapi gambar yang sempat saya candidkan dengan Sambung Note 2. Cuma 8 Mega Pixel tapi gambar cukup jelas.