Monday 30 September 2013

Majlis Restu Ilmu PMR 2013

Seramai 178 orang pelajar akan menduduki peperiksaan PMR di STEMZA pada tahun ini.

Majlis rrstu ilmu ini adalah majlis yang ketiga yang diafakan seumpamanya.

Diharapkan para pelajar dapat menjawab yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.

Tuesday 24 September 2013

Pak Matlob Meninggal Dunia

Pak Matlob atau nama sebenarnya ialah Matlob telah meninggal dunia pada minggu lepas. Pak Matlob adalah seorang pejuang jawi kebangsaan yang amat disegani di Malaysia. Penglibatan beliau sebagai pejuang jawi selepas ZAABA amatlah dihargai lebih lebih lagi dalam kemelut penulisan jawi sebagaimana yang kita hadapi sekarang ini.

Semuga ruh beliau dirahmati Allah.

Program Kemenjadian Pelajar PPPSM 2013

Khas untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 program Kemenjadian Pelajar peringkat negeri Terengganu. Ceramah ini adalah program khas yang dijalankan serentak di seluruh sekolah terpilih negeri Terengganu.

Ceramah disampaikan oleh En Kaspri Muda pegawai dari Unit Pendidikan Swasta JPN Negeri Terengganu. Ceramah bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Program dirasmikan oleh PK Hem En. Ghazali Mamat mewakili tuan pengetua.

Wassalam
Lawati www.ustazarab.com untuk belajar arab.

BATU KELUAR DARI BATU

Antara keistimewaan STEMZA ialah "Batu keluar dari batu". Apakah dia batu keluar dari batu. Ha ini adalah idea dari pengetua SMK Tengku Mizan sendiri yang mahu saya membina batu bersurat Negeri Terengganu. Tetapi bukan yang biasa punya tetapi yang keluar tersembol dari dinding batu. Ha bukannya mudah. Terpaksalah saya mengorek dinding batu tu kemudian memasukkan sebanyak 12 batang besi 3 kaki untuk menyokong binaan tersebut.

Bukan itu saja beliau mahukan batu bersurat tu mempunyai imej yang berlainan. Katanya muka depan lencana sekolah dan sejarah sekolah. Sementara kiri dan kanan adalah nama semua pengetua sekolah yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak 1973. 

Projek dimulakan pada Jun 2013 dan siap sepenuhnya pada awal September 2013. Untuk berkongsi tip dan cara pembuatannya ha jangan lupa datang lagi.

Wassalam. 

Lawati www.doktorjawi.com 

Monday 23 September 2013

Allah Peliharakanlah Terengganu

Jika anda memandu dari Kota Bharu anda akan menaiki jambatan Sultan Mahmud. Dan tidak lama anda akan terpandang satu bukit di kejauhan. Bukit itu ialah Bukit Besar terletak di pusat bandar Kuala Terengganu. Dan jika anda meneruskan pemanduan maka anda akan ternampak imej putih. Semakin dekat imej itu akan semakin jelas. Dan akhirnya ternampaklah perkataan ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU. Dengan perkataan Allah dalam tulisan jawi. Itulah antara keistimewaan Kuala Terengganu. Di lain post saya akan bercerita lebih panjang.

Saturday 14 September 2013

LAWATAN PENANDA ARAS SMK PERMAI INDAH BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

Alhamdulillah tepat jam 8.30 pagi 15 Sept seramai 50 orang guru dari Smk Permai Indah Bukit Mertajam Pulau Pinang telah datang ke sekolah menengah Tengku Mizan untuk lawatan penanda aras.

Lawatan ini adalah julunh-julung  kalinya diadakan sesuai denhan pemilihan SMKbTengku Mizan sebagai sekolah kluster kecemerlangan menjelang 2017.

Majlis dipengerusikan oleh Kaunselor sekolah Puan Noraziah. Ucap tama oleh Tuam Pengetua Tuan Haji Ismail Kusri. Diikuti dengan ucapan oleh Pengetua Smk Permai Indah En. Shamsudin Mat.

Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara sekolah diikuti oleh majlis jamuan.

Diharap dengan lawatan itu akan menambahbaik lagi keadaan sekolah yang sedia ada.

Doa Selamat Dan Pengertian

Bersama ini saya sertakan doa selamat yang cantik untuk diamalkan.

Tentang doa ni ada satu cerita. Pada suatu hari ada seorang makmum yang bwrtanyakan kepada Pak Imam. Soalannya berbunyi begini. Assalamualaikim Tuan Haji saya ada satu soalan. Tanya Imam apa soalannya. Lalu makmum menjawab  kenapa pak imam saya tengok dok baca doa sama saja. Maka dijawab pak imam. Memang betullah ana baca doa yang sama tapi yang dok ada tu kamu dah ingat belum. Terngangalah makmum tu. Wallahuaklam.

Sila baca dan hafal doa selamat dan doa tolak bala yang saya bawakan ini.

Wednesday 11 September 2013

PROGRAM TEMU MURNI 2 - PMR 2013

Atas insentif pihak sekolah maka program temu murni 2 untuk bakal PMR telah diadakan. Program dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Ismail Bin Kusri. Seramai 300 orang ibu bapa termasuk pelajar telah menghadiri program ini.

Program diadakan di Dewan Mestika kerana kerana Dewan Besar iaitu Dewan AlMizan telah digunakan oleh pelajar SPM untuk peperiksaan percubaan.

Majlis  diakhiri dengan acara penyampaian hadiah untuk pelajar yang mencatatkan keputusan yang memberangsangkan.

Salam dari:
Www.doktorjawi.com