Tuesday 24 September 2013

BATU KELUAR DARI BATU

Antara keistimewaan STEMZA ialah "Batu keluar dari batu". Apakah dia batu keluar dari batu. Ha ini adalah idea dari pengetua SMK Tengku Mizan sendiri yang mahu saya membina batu bersurat Negeri Terengganu. Tetapi bukan yang biasa punya tetapi yang keluar tersembol dari dinding batu. Ha bukannya mudah. Terpaksalah saya mengorek dinding batu tu kemudian memasukkan sebanyak 12 batang besi 3 kaki untuk menyokong binaan tersebut.

Bukan itu saja beliau mahukan batu bersurat tu mempunyai imej yang berlainan. Katanya muka depan lencana sekolah dan sejarah sekolah. Sementara kiri dan kanan adalah nama semua pengetua sekolah yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak 1973. 

Projek dimulakan pada Jun 2013 dan siap sepenuhnya pada awal September 2013. Untuk berkongsi tip dan cara pembuatannya ha jangan lupa datang lagi.

Wassalam. 

Lawati www.doktorjawi.com 

No comments:

Post a Comment