Setelah bertungkus lumus selama lebih kurang sebulan termasuk berjemur panas maka akhirnya Batu Bersurat STEMZA dapat disiapkan. Berlainan dengan batu bersurat yang sebenar maka batu bersurat STEMZA diisi dengan bahan yang berlainan sesuai dengan konsep sekolah.
Di muka depan dimuatkan lencana sekolah dan sejarah sekolah. Manakala di sebelah kiri dan kanan batu bersurat itu dipahat nama pengetua-pengetua yang mengepalai STEMZA sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1972. Konzep ini adalah sebagaimana yang dikhendaki oleh pengetua STEMZA sekarang iaitu Tuan Haji Ismail bin Kusri.
Apa yang diharapkan semuga dengan terbinanya batu bsrsurat ini maka semua warga sekolah akan dapat lebih memahami sejarah sekolah disamping ianya sememangnya semakin mencantikkan lanskap sekolah.
No comments:
Post a Comment