Saturday 24 August 2013

Ustaz Manan Masuk TV

Seminggu yang lalu saya menerima panggilan telefon dari pihak JAKIM memberitahu bahawa saya dijemput untuk menjadi tetamu dalam rancangan Fikrah terbitan TV1.

Beliau memperkenalkan diri sebagai Cik Ratna penolong penerbit rancangan temu bual itu. Dua hari lepas tu saya menerima faks yang menjemput saya ke Studio IBC Angkasa Puri Kuala Lumpur. Jemputan itu adalah untuk menjelaskan modul yang saya bangunkan iaitu Doktor Jawi.  Program itu akan bersiaran selama satu jam dari jam 9.30 hingga jam 10.30.

Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana inilah masanya saya dapat menghebahkan maklumat ini kepada orang ramai. Dalam rancangan itu saya ditanyakan tetang bagaimana saya boleh mendapat idea menulis kaedah tersebut dan harapan saya sebagai seorang guru cemerlang pendidikan Islam.

Setengah jam kedua pula saya diminta menuliskan kaedah tersebut mengunakan papan putih. Semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah setwlah selesai rancangan tersebut  ramai yang.memberikan maklum.balas dan komen berguna.

Kepada yang ingin maklumat lebih lanjut sila layari www.doktorjawi.com

No comments:

Post a Comment