Monday 11 August 2014

Majlis Sambutan Hari Raya STEMZA

Pada 5 Ogos kami telah mengadakan majlis smmbutan hari raya yang sungguh meriah. Ssmua orang bersuka ria. Hari ini tidak ada orang miskin dan orang susah ssmuanya berpakaian baru dan berkasut baru. Hari jni tidak ada orang sedih kerana semuanya bergembira.

Majlis bermula seawal jam 10 pagi. Dimulakan bacaan doa oleh saya sendiri selaku the one and the only ustaz. Kemudian ucapan pengetua baru Hj Mohd bin Abu Bakar yang juga merupakan pengerusi persatuan pengetua seluruh Terengganu.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan kami dikejutkan dengan kehadiran YB Bazlan adun Batu Rakit. Secara keseluruhan majlis berjalan lancar dan pasti menjadi kenangan terindah buat semua guru, kakitangan dan pelajar Stemza.

Wassalam dari saya Ustaz Abdul Manan Ali aka Doktor Jawi
Jangan lupa lawati
www.doktorjawi.com

No comments:

Post a Comment