Monday 11 August 2014

Haji Ismail Pengetua SMK Tg Bariah

Tepat jam 1.00 tengahari kereta mercedez cikgu Nazli yang membawa Tuan Haji Ismail Kusri masuk ke perkarangan SMK Tengku Bariah. Hari ini secara rasminya pengetua Stemza akan mausuk ke SMKTB sebagai pengetua. Tuan Haji Ismail Kusri berkhidmat di Stemza selama 5 tahun bermula 2009 hingga 2014. Sementara saya masuk awal setahun iaitu pada 2009.

Banyak pencapaian yang telah beliau capai semasa mdnjadi pengetua. Antaranya menyiapkan projek surau sekolah. Menyiapkan 2 blok bangunan kelas 4 tingkat. Menyiapkan dewan sekolah. Mewujudkan pusat kokurikulum Stemza. Membina banyak lanskap sekolah dan banyak lagi program peningkatan pelajar yang tidak muat untuk disebutkan di sini.

Antara hobinya ialah bermain badminton dengan guru setiap petang rabu. Semuga semua yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Ismail Kusri akan kekal dalam.kenangan. Iuti gambar yang sempat dirakam dalam majlis sambutan pengetua bauu d SMKTBKT.

Www.ustazarab.com

No comments:

Post a Comment