Sunday, 26 June 2011

GC STEMZA Ke Persidangan Guru Cemerlang Terengganu 2011

Pada hari Sabtu 25 Jun 2011 Persidangan Guru-Guru Cemerlang Terengganu telah diadakan. Persidangan ini bertujuan membuat perlantikan baru untuk Majlis Guru Cemerlang Terengganu (MGCT) yang bernaung dibawah Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM).

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan pembentangan kertas kerja oleh Ketua Nazir Negeri Terengganu bertajuk Peranan Guru Cemerlang Yang Semakin Terhakis. Majlis berhenti rehat pada jam 11.00 pagi.

Sesi kedua dimulakan dengan pemilihan caloh baru untuk jawatan Majlis Guru Cemerlang Daerah dan Negeri. Semua perwakilan memberikan undi yang terbaik dan akhirnya terbentuklah Pengurusan baru Majlis Guru Cemerlang Terengganu (MGCT) 2011.

STEMZA yang memegang rekod guru cemerlang kedua teramai selepas SMKA Sheikh Abdul Malik telah menghantar kesemua 7 orang guru  cemerlangnya untuk mengikuti persidangan tersebut. Iaitu Ustazah Saodah DG54, En. Rashid DG48, Ustaz Manan 48, Puan Zakiah DG48, En. Jusarim DG44, En. Talib DG44  dan Puan Norishlailizan DG44.

Ikuti gambar yang sempat dirakamkan di majlis tersebut.

Antara landskap yang menarik perhatian admin StemzaSohor

Sejuk mata memandang

Cikgu Rashid dengan teman seperjuanagannya

Ustaz Abdul Manan (admin StemzaSohor) dan rakan seperjuangannya

Cikgu Zakiah, kakaknya dan kawan semasa di Tok Jiring dulu

Antara perwakilan di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Marang

Mantan Yang Dipertua MGCT Tuan Haji Jaafar Bajuri

Pembentang kertas kerja Timbalan Ketua Nazir Terengganu

Hadirin sedang khusyuk mendengar ceramah



No comments:

Post a Comment