Wednesday 22 June 2011

STEMZA Ke Karnival Inovasi SAM Peringkat Negeri Terengganu 2011

Selama 3 hari iaitu mulai dari hari Selasa hingga Khamis seramai 6 orang guru dan 18 orang pelajar telah terlibat dalam program Karnival Inovasi SEM iaitu singkatan untuk School Enrich Model. Program tersebut berlangsung selama 3 hari mulai dari hari Selasa hingga ke hari Khamis. Hari Selasa yang merupakan hari pertama agak sibuk dengan kerja-kerja pemasangan model. Hari kedua iaitu hari Rabu ialah Majlis Pelancaran dan pertandingan yang disempurnakan oleh YB Ahmad Razif iaitu Exco Pendidikan Negeri Terengganu.

Hadiah utama karnival SEM kali ini diraih oleh SMA Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. dengan hasil inovasi mereka Easy Bulb Changer iaitu sejenis alat menukar bulb atau mentol lampu yang amat kreatif dan mudah digunakan.

STEMZA menghantar beberapa orang guru untuk menyertai karnival pada kali ini diketuai oleh Cikgu Rosyatimah, Cikgu Wan Hasnah, Cikgu Rohana, Cikgu Noraziah (kaunselor) dan Cikgu Nor Azlina.

Sila ikuti beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya karnival ini.

















Greeting from your admin:
Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi

No comments:

Post a Comment