Masjid Tok Ku Paloh atau nama sebenarnya iaitu Masjid Tok Ku Tuan Besar terletak lebih kurang 3 kilometer darinpusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini telah dibaikpulih menjadikannya lebih besar berbanding saiz asalnya. Di zaman kecil dan remaja saya selalu sembahyang jumaat di masjid ini kerana ianya terletak hanya 1 kilometer setengah dari rumah saya.
Masjid ini tekenal kerana keunikan rekabentuknya yang tradisi. Bukan itu saja malahan nama Tok Ku Paloh sendiri adalah cukup sinonim dengan sejarah perjuangan rakyat Terengganu menentang penjajah British. Tok Ku Paloh juga dikatakan telah dilantik menjadi penasihat Sultan Zainal Abidin iaitu nenda kepada Sultan Mizan yang memerintah Negeri Terengganu pada hari ini. Tidak hairanlah maka cucu Tok Ku Paloh iaitu Ustaz Syed Omar kini dilantik pula menjadi penasihat Sultan Mizan.
Binaan asal masjid ini hanya dapat memuatkan lebih kurang 800 orang jemaah dalam sekali waktu solat jumaat. Oleh kerana itu timbul desakan dari jawatankuasa yang inginkan kawasan yang lebih besar.
Kerja membaikpulih dilakukan dengan belanja RM200 ribu kesemuanya dari kutipan derma ahli jemaah. Sstelah dibaikpulih ianya kini boleh memuatkan hampir 1500 orang dalam satu waktu solat jumaat. Pun begitu keadaan masih sesak kerana kedudukannya yang hampir dengan Mydin Mall Terbesar Pantai Timur dan juga pasaraya Giant. Apatah lagi kini sedang disiapkan 4 blok 13 tingkat kondo rakyat bersebelahan dengan Pasaraya Giant. Jelas kelihatan pada hari jumaat ramai pekerja Bangladesh yang solat disini.
No comments:
Post a Comment