Tuesday, 23 July 2013

Pertandingan Kuiz sempena program Ihya Ramadhan

Agak seronok juga menganjurkan pertandingan kuiz ni. Last sekali saya menyertai pertandingan kuiz ialah pada masa saya di tingkatan tiga di Sekolah Mengah Agama Ladang. Itu adalah 25 tahun yang lalu.

Kini perkara itu ku ingin agar pelajar ku mengalaminya kembali. Justeru Unit BIna Insan mengambil kesempatan di hari selasa yang diperuntukkan khas untuk aktiviti kokurikulum. Program kuiz sempena ihya Ramadhan begitulah namanya. Melibatkan kesemua pelajar.

Di atas pentas adalah 9 orang pelajar mewakili 9 badan beruniform seperti PBSM, PKBM dan sebagainya. Meriah sungguh semua pelajar memberikan tepukan yang kuat dan bersemangat sekali apabila satu persatu peserta memperkenalkan diri masing-masing mewakili badan beruniform mereka. Semua pelajar mengharapkan wakil mereka akan menang.

Aku (selaku penyelaras) dan Ustazah Maznah menjadi hakim. Ustazah Mushrifah menjadi juru acara dan seorang guru praktikal menjadi jurukira markah dan penjaga masa.

Jika pelajar dapat jawab markah penuh 10. Jika kualitinya kurang dapar 5 dan seterusnya dapat 2. Jika gagal lagi peluang diberikan kepada pelajar lain. Peruntukan markah penuh 5 atau 2.

Program dimulakan. Pelajar datang ke depan. Pilih nombor soalan dan berdiri di hadapan mikrophone. Memang mendebarkan. Menuggu soalan yang akan dibacakan oleh Ustazah Mushrifah dan kemudian menunggu markah yang akan saya dan Ustazah Maznah tunjukkan melalui kad yang telah disiapkan terlebih dahulu.

Akhirnya setelah segalanya siap saya selaku penyelaras dan merangjkap ketua hakim naik ke pentas untuk mengumumkan pemenang. Pelajar riuh rendah. Sabar-sabar kataku dalam keriuhan pelajar.

BAiklah pemenang ketiga jatuh kepada PKBM sementara tempat kedua jatuh kepada Puteri Islam. Dan akhir sekali johan ialah Kadet Polis.

Tahniah kepada yang berjaya. Hadiah pertama RM50 hadiah kedua RM30 dan hadiah ketiga RM20.  Kira oklah. Bolehlah buat duit raya. Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh Tuan Pengetua pada hari Khatam alQuran yang akan berlangsung pada hari Khamis 1 Ogos iaitu hari last persekolahan di sekolah kami.

Salam ikhlas dari Ustaz Abdul Manan








No comments:

Post a Comment