Kali pertama lihat ketupat daun tebu di pasar tani Padang Hiliran bersebelahan dengan psdaraya Giant rasa teruja betul. Kata pengusahanya dia telah mengusahakan ketupat daun tebu ini selama 4 tahun. Tetapi saya sendiri orang Terengganu hanya baru hari ini lihat ketupat daun tebu ni. Memang enak rasanya.
Kami beli RM3. Kerana bulan puasa jadi kami tak boleh rasa. Anak saya yang umur 4 tahun kata lapar jadi dia pun makan. Anak saya yang darjah satu pun kata dia belum sahur lagi jadi dia pun makan tak sampai 2 minit kami toleh belakang habis ketupat daun tebu mereka berdua sapu.
Anak kami yang tingkatan satu mula bising. Tak jadik abah. Kita orang nak rasa jugak.
Apa lagi kami pun pusing balik beli lagi. Kali ni RM4. Ni tak sabar-sabar nak berbuka ni. Rasalah sendiri kenakan ketupat daun tebu. Made in Terengganu.
No comments:
Post a Comment