Wednesday 10 July 2013

Ceramah Ihya Ramadhan 2013

Tidak lengkap rasanya puasa Ramadhan tanpa ceramah Ihya Ramadhan. Untuk ceramah pada tahun ini Unit Bina Insan yang dikendalikan oleh Ustaz Manan telah menjemput seorang penceramah yang terkenal iaitu Ustaz Ismail Yusof abang kepada Ustaz Datok Zawawi Yusof. Tajuk ceramah pada kali ini ialah Di Abang Ramadhan. Ceramah dibuat pada hari selasa 9 Julai jam 1.40 selepas selesai solat zohor dan berakhir jam 3 petang. Penceramah kemudiannya dijamu dengan menu istimewa oleh Chef Yasin dari kantin STEMZA iaitu nasi goreng kampung ayam masalla dan air teh o ais laici sebagai santapan terakhir maklumlah esok Rabu dah puasa.
Jangan lupa semua puasa tau jangan tak puasa. Kalau tak puasa tak boleh raya.

No comments:

Post a Comment