Wednesday, 17 April 2013

Hari kecemelangan STEMZA 2013

Program kecemerlangan sekolah dimulai dengan Mesyuarat PIBG dan diikuti dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Program dIrasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr  Yahya bin Ibrahim Naib Canselor Universiti Sultan Zainal
Abidin.

Program dimulakan disebelah pagi  dengan mesyuarat PIBG dari jam 8.30 hingga jam 10.30. Kemudian majlis berehat selama setengah jam sebelum dimulakan dengan majlis anugerah kecemerlangan guru dan pelajar 2013.

Saturday, 13 April 2013

Projek Batu Bersurat STEMZA

Projek bermula pada 3 April 2013 dijangka siap dalam masa 2 minggu. Saya pos dulu gambar awal nanti bila dah siap projek saya hantar lagi update. Kalau dikira kos projek boleh mencapai ribuan tapi berkat kerjasama guru dan pelajar yang berat menjadi ringan yang ringan jadi lebih ringan. Aaaaa kosnya pun tak banyak nanti siap saya bagi tahu. See the pic first






Friday, 12 April 2013

Char Kwe Teow Goreng.

Memang sedap. Namanya Char Kwe Teow Goreng. Namanya pun sedap. Tapi kalau kita gi ke kedai yang menjual bermacam-macam masakan dan char kwe teow salah satu daripadanya mungkin tak berapa sedap. Kenapa? Kerana yangpali sedap ialah kedai yang hanya jual Char Kwe Teow.

Satu lagi kalau banyak tak sedap. Yang sedapnya kalau sedikit. Wah memang best.

Kalau terjumpa tempat yang sedap sila kasitahu dan komen di bawah. 



Solat Hajat di Dewan Mestika

Setiap Khamis kami mesti baca Yasin. Memang tak miss. Al Hamdulillah dengan kehadiran pengetua baru kami iaitu Tuan Haji Ismail Kusri yang merupakan mantan Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Sheikh Abdul Malik maka program keagamaan lebih banyak dijalankan dan akses kepadanya pun mudah. Ini mungkin disebabkan kerana beliau adalah bekas pelajar sekolah agama.

Perhatikan botol air yang dibawa oleh pelajar setiap kali bacaan Yasin pada hari Khamis. Dulu memang tak bawa tapi alhamdulillah setelah kita memberitahu akan fadilatnya maka sekarang ramai pelajar yang membawa air dalam botol samada lelaki atau pun perempuan dan menadahkannya dihadapan Ustaz yang membaca yasin untuk mengharapkan keredhaanNya.


Projek Keceriaan SMK Dato Razali

2 hari lepas saya sempat ke SMK Dato Razali Kuala Terengganu kerana sebagai guru PBSM saya perlu menemani pelajar ke kuiz PBSM dan Undang-undang Antarabangsa. Program bermula jam 12 hingga jam 5 petang.

Dalam dok raund keliling sekolah nampaklah projek keceriaan depa. Saya pun ambiklah gambak. Saya memang minat projek keceriaan. Di sini saya ambil gambar agak detail termasuk joint bangsal sekali mana tahu ada yang berminat. Saya rasa gambar ini cukup untuk memandu anda membina pondok di sekolah masing-masing. Enjoy














Tarikh Permulaan Sidang Dewan Negeri/Parlimen dan Tarikh Pembubaran Automatik

Ini keratan yang sempat saya shot dari salah satu akhbar tempatan mengenai tarikh pembubaran DUN dan Parlimen. Pakai Samsung Note 2. Just for your reference.


Kursus Pengurusan Bahan Pusat Sumber STEMZA

Suatu kursus bertajuk Kursus Pengurusan Bahan Pusat Sumber SMK Tengku Mizan telah dijalankan pada 3 dan 4 April. Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah  di Makmal Komputer Sekolah. Fasilitator kursus ini ialah Cikgu Nazli dan En Shah sementara sasarannya ialah 50 orang Pengawas Pusat Sumber. Diharapkan dengan kursus ini pelajar akan dapat menguasai "house-keeping" berkenaan dengan pusat sumber - Laporan Ustaz Manan








Kampungku

Alangakah indahnya kampung ku. Ni boleh buat lukisan nih. Jarang kampung ada permandangan macam ni.

Solat Jumaat Di Masjid Terapung

Dah lama tak solat di masjid terapung. Rasa rindu lak. Tulah tadi kami rush ke Masjid Terapung untuk solat jumaat di sana. Sungguh indah permandangan dengan tasik yang tenang dan permandangan yang indah. Ikuti pic yang sempat saya ambil dengan Samsung Note 2.








Saturday, 6 April 2013