Monday, 30 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Selamar Datang Ramadhan, اهلا و سهلا يا رمضان semuga Ramadhan pada tahun ini dapat dilalui dengan penuh jayanya. Kami warga guru, kakitangan  dan pelajar SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu menguicapkan selamat melaksanakan ibadah puasa buat umat Islam di seluruh dunia khususnya mereka yang mengenali warga SMK Tengku Mizan.





Monday, 23 July 2012

Sehari di Muzium Terengganu

Kelmarin kami sekeluarga berkesempatan melawat Muzium Terengganu. Ceritanya begini, anak saya perempuan yang belajar di tingkatah 2 di SMKA Syeikh Abdul Malik tu dituagskan membuyat liputan untuk mewawancara pengarah Muzium Terengganu. Jadi setelah menghantar beliau ke perkarangan muzium terfikir pulak saya untuk menjengah perkaranagan muzium. Lagi pun kali terakhir saya melawat muzium ni ialah pada 4 tahun yang lepas. Saya rasa kali ni nak lawat semua kawasan. Sebab di bawah lembah sana ada 2 buah kapal besar yang anak-anak saya beria-ria sangat nak tengok.

Kepada pembaca sekelian nanti gambar-gambar yang saya upload hanya di perkarangan saja ya. Sebab saya malas nak masuk dalam,. Mungkin lain kali kami akan masuk dalam.

Selamat menikmati gambar-gambar Muzium Negeri Terengganu yang mula dibina pada tahun 1984 dengan kos RM55 juta dirasmikan oleh Exco kanan Kerajaan negeri Terengganu pada masa itu iaitu Datuk Bakar Daud sebagai mewakili Menteri Besar Terengganu Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Wan Ahmad. Kedua-duanya sudah kembali ke rahmatullah.

































































Sekian dulu untuk kali ini semuga dengan melihat gambar-gambar dari Muzium Negeri Terengganu ini maka perasaan anda untuk datang ke Terengganu lebioh berkobar-kobar. Jumpa lagi wassalam.