Tuesday 3 July 2012

Doktor Jawi di SK Felda Rasau Kerteh 3

Pada hari Isnin 2 Julai saya mendapat undangan memberikan ceramah Doktor Jawi di SK Felda Rasau Kerteh 3, Dungun, Terengganu. Tempat tu memang jauh. Saya bertolak pada jam 10.30 ingat bolehs ampai dalam masa 1 jam je. Rupanya jam 12 baru sampai. Kebetulan pulak GPS rosak. Er bukan rosak sebenarnya saya beli hand set samsung advance 2 jadi belum pandai pakai Papa Go. Kalau dulu saya pakai Nokia C5 untuk GPS cuma pakai Garmin je ah yang tu senang handle. Kalau PapaGo ni agak complikated sikit.

Jadi memang meraba-rabalah sikit. Saya ikut jalan baru. Dari Kuala Terengganu ke Ajil jalan biasa. Kemudian masuk lebuh raya baru dari Ajil turun ke Bukit Besi. Dari situ masuk ke jalan Ketengah Jaya dan kemudian masuk ke Felda Rasau. Bayangkan dari jam 10.30 saya memandu jam 12 baru sampai. Lain kali kena rancang betul-betul.

Ceramah mula jam 12 dan berakhir jam 1.30. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Layanan yangh diberikan oleh pihak sekolah dan kakitangan amat memuaskan.  Ikuti gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang ceramah tersebut.
























No comments:

Post a Comment