Pernahkan anda menghadiri atau mengendalikan Kuiz PBSM. Ya kuiz ini dijalankan sebagai salah satu aktiviti PBSM peringkat daerah atau negeri. Selain meningkatkan pengetahuan semua ahli PBSM tentang PBSM itu sendiri pelajar juga akan dibekalkan dengan sijil penyertaan. Jika kuiz itu dijalankan diperingkat negeri maka sijil itu adalah sijil negeri. Adalah amat penting para pelajar mempunyai sijil peringkat negeri disamping sijil-sijil peringkat daerah dan sekolah.
Pada tanggal 17 April 2012 iaitu hari Selasa pihak PBSM Chapter Kuala Terengganu telah berbesar hati mengadakan kuiz ini yang melibatkan penyertaan 10 orang pelajar dari semua sekolah daerah Kuala Terengganu. Pada hari tersebut saya bertugas di meja pendaftaran dan dokumentasi. Saya merasa amatr berbesar hati kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum diperingkat jurulatih walauopun kita sebenarnya dari latar belakang agama.
Lebih dari 30 buah sekolah menyertai kuiz tersebut yang menyaksikan lebih dari 300 orang pelajar yang menjadi ahli PBSM. Ramai pelajar yang menyatakan rasa puas hati kerana dapat berkumpul bersama ahli-ahli PBSM dari sekolah lain disamping meningkatkan ilmu mengenai PBSM.
Dalam pertandingan tersebut tempat pertama digondol oleh Sekolah Menengah Agama Tok Jiring manakala tuan rumah iaitu Sekolah Menengah Agama Syeikh Abdul Malik sekadar berpuas hati di tempat ketiga.
Apa pun tahun depan boleh cuba lagi dengan azam yang baru pula. Saksikan gambar disekitar program.
|
Pelajar mendaftarkan diri |
|
Penulis bersama rakan karib |
|
Sibuk dimeja pendaftaran |
|
Mengikuti taklimat awal |
|
Sedang mengira markah |
|
Antara peserta SMK Chung Hwa Wei Sin |
No comments:
Post a Comment