Monday 16 April 2012

Kejohanan catur Negeri Terengganu

April agak sibuk. Selain menjadi guru pakar jawi yang menjalankan ceramah Doktor Jawi di seluruh negara saya juga terlibat dengan aktivitri peringkat daerah dan negeri antaranya Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kejohanan Catur. Dalam PBSM saya menjadi Jurulatih negeri dan dalam catur pula jurulatih daerah Kuala Terengganu.

Pada tanggal 14 April 2012 telah dijalankan kejohanan catur peringkat Negeri Terengganu yang dijalankan di Sekolah Menengah Sains Ulu Terengganu (SAHUT). Pertandingan dijalankan selama 4 hari dan perasmian penutup dijalankan oleh KPP dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Secara keseluruhan kejohanan dikuasai oleh pemain dari daerah Dungun. Pasukan Kuala Terengganu hanya memenangi tempat kedua perempuan 18. Sementara pasukan lelaki 18 sekadar tempat ketiga. Walaupun demikian seramai 14 orang pemain Kuala Terengganu diserap ke pasukan Negeri kerana persembahan yang baik.

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam menggunakan hand set Nokia C5.































 

No comments:

Post a Comment