Friday, 2 March 2012

Indahnya Pantai Kuala Ibai

Pantai Kuala Ibai adalah satu nama yang amat sinonim dengan Masjid Terapung. Siapa yang tak kenal dengan Masjid Terapung. Hampir semua orang Malaysia dah pun sampai ke Masjid Terapung. Ha kalau tak sampai memang susah nak cakap le. Kot kot ada orang Terengganu yang belum sampai ke Masjid Terapung. Kalau macam ni susah nih.

Baiklah kali ini saya bukan nak cakap tentang Masjid Terapung. Tetapi saya nak cakap tentang Pantai Kuala Ibai yang menjadi benteng kepada Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Zaharah itu.

Pantai Kuala Ibai adalah salah satu destinasi pelencungan yang amat boleh dikatakan "sejuk mata memandang". Sebenarnya di Terengganu ni memang semua pantainya "sejuk". Tetapi pantai Kuala Ibai ni lain dari yang lain kerana ia bercantum dengan Sungai Kuala Ibai. Oh saya lupa lokasinya adalah di Cendering Terengganu di mana terletaknya kilang Nor Arfa Batek.

Ada satu lagi pantai yang sama macam Pantai Kuala Ibai ni yang bercantum dengan sungai iaitu Pantai Merang yang jugak bercantum dengan sungai Merang tetapi Pantai Kuala Ibai lebih luas, tenang dan menghiburkan.

Di waktu pagi airnya naik sedikit. Dahulu ramai orang mandi di muka kuala termasuk saya sekeluarga tetapi sejak kes kematian dua beradik yang lemas tu keadaan tak sama seperti dulu. Ada papan tanda jangan mandi di sini.

Ok pilihannya adalah waktu petang. Pada waktu petang air cetek sehingga ke betis boleh berjalan menyeberang sungai. Dan anda boleh nampak ramai orang yang menjala ikan. Kadang-kadang sampai 15 orang sekaligus. Sekali tengok ingatkan tengah buat apa. Nampak macam orang tengah berdiri di tengah-tengah sungai. Rupa-rupanya tengah memerhatikan ikan. Ha bila nampak saja ikan terus tebar jala.

Di sini juga ada aktiviti kayak yang boleh di resort bersebelahan. Ai susah jugak nak ceritakan semuanya apa kala kalau anda datang sendiri. Tapi kalau nak mandi pastikan langkah berjaga-jaga diambil terlebih dahulu.

Kebetulan waktu kami sampai pada jam 3.00 petang. Niat memang nak makan kat pantai. Kami bawa nasi ayam, sedikit kuih, air bandung dan kerepok ubi. Lepas makan kami terus menyeberangi benting pasir dan bermain-main di tengah sungai yang airnya amat cetek.

Selamat datang ke Pantai Kuala Ibai.

Ni nampak dalam tapi sebenarnya setakat betis saja

Berlatar belakangkan jambatan Kuala Ibai

Ni misi cari gali

Kombinasi benting pasir, pokok ru, air yang cetek dan jernih
memang perfect

Selamat....................

Tengoklah betapa air nya yang jernih 

Cari remis ............ ada ikan kecil............

Goreng pun sodap

Menceri ketenangan

Ada gaya arkitek tak ........................

No comments:

Post a Comment