Thursday, 1 March 2012

Masjid Raja Cendering Berwajah Baru

Baru-baru ini saya sempat berhenti solat di masjid Raja Cendering yang berwajah baru. Masjid tersebut dahulunya sebuah masjid yang kecil dan dibina dari batu dan kayu.

Masjid tersebut dipanggil Masjid Raja kerana ianya menjadi tempat Sultan Mahmud iaitu ayahanda kepada Sultan Mizan menunaikan solat. Dikatakan bahawa pada setiap hari jumaat Baginda akan datang awal dan membahagi-bahagikan duit kepada rakyat jelata. Bagitu banyak wang yang Baginda sedekahkan kepada rakyat jelata sehingga terpaksa menggunakan talam. Maka tidak hairanlah jika masjid tersebut dinamakan Masjid Sultan Mahmud.

Kini masjid Raja Cendering berwajah baru dan bergemerlangan di waktu malam. Adalah biasa gambar masjid diambil pada waktu siang akan tetapi kehadiran saya pada waktu malam telah menampakkan seri masjid tersebut walaupun hanya menggunakan hand phone Nokie C5 5.0 megapixel.

Seni binanya yang begitu indah sehingga tak puas memandang. bayangkan jika saya sendiri sebagai orang Terengganu jati yang dah biasa melihat ukiran tangan yang halus pun masih ternganga melihatnya apatah lagi anda.

Datang lah ke Terengganu dan tatapilah sendiri keindahan Masjid Sultan Mahmud Cendering.

Tatapilah gambar keindahan masjid tersebut yang menjadi salah satu lagi kebanggaan negeri Terengganu.


What a wonderfull design


Sesuatu yang sukar diucapkan dengan kata-kata




Ruang tengahnya ada taman





Sultan Mizan sewaktu merasmikan Masjid Sultan Mahmud 

Sultan Mizan bertitah






No comments:

Post a Comment