Beberapa orang rakan menceritakan sendiri bagaimana mereka sempat menyaksikan jalan yang jatuh ke laut. Begitu juga dengan kerusi dan meja tempat pengunjung berehat turut ditarik ke laut. Kerusi dan meja tersebut kekal dalam keadaan separuh tenggelam di persisiran pantai.
Berikut adalah beberapa gambar kerosakan Pantai Dungun yang dipinjam dari alriscitra.blogspot.com. Gambar-gambar ini diambil berhadapan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.
"Stemza Sohor" akan berusaha untuk pergi sendiri ke pantai-pantai berkenaan untuk merakam sendiri gambar dan video kerosakan yang berlaku.
Mengapa terhenti dan tidak teruskan beri gambaran keistimewaan, keindahan, kemegahan, kecemerlangan, kemunduran dan kekeciwaan di negeri ini? Semoga mereka yang diluar negeri Darul Imam ini mengenali negeri ini dari seorang penduduknya sendidri, terutama seorang Guru Cemerlang.
ReplyDelete