Tuesday 20 December 2011

Karnival Hijrah Di Dataran SyahBandar Kuala Terengganu 2011

Pada 22, 23 dan 24 Disember 2011 bersamaan 26, 27 dan 28 Muharram 1433H akan berlangsung Karnival Hijrah di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu, Terengganu. Karnival tersebut adalah anjuran bersama TV Al Hijrah dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Dalam Karnival tersebut nanti akan dibawakan bersama slot-slot yang ditayangkan di TV AlHijrah termasuk slot Setengah Jam Bersama Ustaz Don. Ustaz Don yang sinonim dengan slot Setengah Jam Bersama Ustaz Don nya dijangka akan menarik minat masyarakat untuk menghadiri karnival tersebut.



Secara tidak langsungnya memandangkan TV Al Hijrah masih baru maka karnival ini boleh menjadi kayu ukur sejauh mana ikon-ikon TV AlHijrah telah dapat menarik minat masyarakat khasnya masyarakat Terengganu.

Antara program dalam TV alHijrah


TV alHijrah  mula diperkenalkan dalam sidang akhbar pada 25 Oktober tahun 2010 di Muzium Kesenian Islam. Majlis pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dengan pelantikan Bukhari Che Mat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya maka dijangkakan TV alHijrah akan mengulangi kejayaan yang dicapai oleh TV9.


Kepada semua rakyat Terengganu dan semua masyarakat luar Terengganu yang secara kebetulan berada di Terengganu pada 22-24 Disember  adalah dijemput beramai-ramai ke Dataran ShahBandar untuk memberikan sokongan kepada produk Islam dan perkembangan Islam secara amnya.

 Ustaz Don Pengacara TV alHijrah
bersama Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi (Doktor Jawi)


No comments:

Post a Comment