Persaraan kadang kadang adalah sesuatu yang dinanti nanti. Nikmatnya persaraan hanya dapat dirasai oleh orang yang menempuhnya saja. Itulah yang berlaku kepada Cikgu Zakaria yang telah menamatkan zaman pengajarannya kelmarin. Tetapi itu tidak bermakna ia tidak lagi bergelar guru.
Tidak sepertimana profesion yang lain, guru adalah satu satunya pekerjaan yang mana gelarannya akan dibawa sampai ke mati. Bahkan selepas mati.
Beliau diraikan dalam satu majlis jamuan diadakan di Quinara AlSafir Resort yang menyaksikan 2 orang guru dan seorang kakitangan yang turut diraikan bersama.
Mereka ialah Cikgu Haslina yang berpindah ke SMK Seri Budiman, Cikgu Razilla yang berpindah ke SMK Seberang Takir dan Puan Aziita Aliong yang bertukar sebagai kerani gaji di SK Gelam.
Kami semua warga Stemza mendoakan semuga kalian berbahagia.
No comments:
Post a Comment