Monday 10 January 2011

Sembelih Puyuh

Satu amali Sembelihan burung puyuh telah diadakan di Surau STEMZA. Program tersebut dikhususkan kepada pelajar tingkatan 3 2010 sebagai mengisi masa pelajar selepas menghadapi peperiksaan PMR. Pelajar-pelajar begitu teruja maklumlah mereka tidak pernah sebelum ini menyembelih apa-apa binatang sekalipun.

Maka pada hari mereka berpeluang menyembelih puyuh. Walaupun kecil tetapi cukup untuk memberi pengalaman yang begitu berhargha kepada mereka. Terutama pelajar STEMZA yang akan menyambung pelajaran ke institusi yang lain. Program ini dijayakan oleh Unit Bina Insan STEMZA. Ramai guru terutamannya guru lelaki yang turut mengambil bahagian.

InsyaAllah di masa yang akan datang kami akan mengadakan program amali sembelihan ayam. Manalah tahu suatu masa nanti ada insan yang nak dermakan kambing ah bolehlah kita orang buat amali sembelihan kambing mesti real punya.

Sila tatapi video klip di bawah.

No comments:

Post a Comment