Tuesday 8 February 2011

Plak STEMZA SOHOR

Antara projek pertama keceriaan STEMZA ialah membina semula bungkah-bungkah batu brik yang ada di dataran Pena dan membentuknya menjadi tulisan STEMZA SOHOR. Kerja-kerja ini dilakukan kebetulan pada musim hujan dan tentunya agak merumitkan. Hasil usaha yang gigih  dari beberapa orang guru antaranya Cikgu Zaini dan Cikgu Zamri dan dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar maka Plak STEMZA SOHOR dapat disiapkan. Apa yang mengkagumkan ialah di sepanjang proses menyiapkan Plak ini tuan pengetua iaitu Tuan Haji Ismail Kusri sentiasa ada menemani cikgu yang membuat kerja amal ini.

Seperti biasa admin STEMZA SOHOR tidak ketinggalan membuat liputan sehingga ianya siap sepenuhnya. Tidak lupa juga tahniah di ucapkan kepada beberapa orang anggota PBSM dan Anggota Pancaragam Sekolah yang turut sama menjayakan program ini. Semuga STEMZA terus cemerlang.

Cewah rajin sungguh cikgu Zaini


Ehh sini empat ketul lagi

Ahh ketuk sikit lagi ni

Kamu semu ni memang rajin.....

Satu dua tiga aaaahh tiga ketul kat sini

Eh tadi ada duit aku jatuh kat sini


Ah dah siap. Gambar diambil dari tingkat tiga blok Dataran Pena

Nampak kecik kan sebenarnya besar tu tengok kereta tu ha

Ah ini lah fikrah Pengetua kita Tuan Haji Ismail Kusri.

No comments:

Post a Comment