Monday, 28 February 2011

Majlis Sambutan Maulidul Rasul 1432H di STEMZA


Pada 28 Febuari 2011 iaitu hari Isnin bersamaan 25 Rabiul Awwal 1432H telah berlangsung Program Perarakan Maulidul Rasul 2011 di Sek. Men. Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu. Peogram tersebut yang disertai oleh lebih 980 orang pelajar dan guru serta kakitangan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari segenap pihak.

Program tersebut juga melibatkan komuniti Bukit Cempaka bilamana pihak penganjur iaitu Unit Bina Insan STEMZA telah bersetuju untuk melangsungkan perarakan dari STEMZA ke Masjid Bukit Cempaka. Hasil kerjasama yang amat menggalakkan dari AJK Masjid Bukit Cempaka, program telah berlangsung dengan meriah.

Kelainan pada tahun ini ialah pertandingan Perarakan dan Sepanduk adalah berdasarkan rumah sukan. Bermula jam 7.15 pagi para pelajar telah membanjiri Dataran STEMZA. Perarakan bermula sebaik sahaja semua rumah sukan telah bersedia dengan sepanduk masing.

Dengan dikawal oleh unit keselamatan jalanrata Balai Polis Batu Rakit para pelajar dan guru telah berjaya sampai ke Masjid Bukit Cempaka pada jam 9.00 pagi. Sesampainya di sana mereka telah dihidangkan dengan air minuman ringan.

Kemudian peserta perarakan dihidangkan dengan juadah rohani iaitu Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Abdul Manan Mohd Derus Pegawai Pusat Islam UNISZA. Kemudian para pelajar berarak semula ke sekolah. Sekembali ke sekolah pada jam 10.30 pagi setelah menjamu selera di kantin pelajar mula berhimpun di dewan untuk acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk dan perarakan.

Berikut ialah keputusan pertandingan sepanduk:
Tempat ketiga - Perempuan  Zamrud
Tempat kedua - Lelaki Zamrud
Tempat Pertama (Johan) - Perempuan Akik

Manakala keputusan pertandingan perarakan adalah sebagaimana berikut:
Tempat ketiga (71.17 markah - Rumah Nilam
Tempat kedua (71.50 markah) - Rumah Zamrud
Tempat Pertama (78 markah) - Rumah Delima

Hadiah disampai oleh Penolong Kanan Pentadbiran Hajah Zaimah binti Ibrahim.
Sebelum penyampaian hadiah peserta dijamu dengan alunan nasyid oleh kumpulan nasyid Soutul Mizan.















No comments:

Post a Comment