Thursday, 28 April 2011

Hari Inovasi STEMZA 2011

Pada hari Rabu 27 April 2011 telah berlangsung hari Inovasi STEMZA. Program tersebut telah disertai oleh wakil dari berbagai pihak. Antara acara yang diadakan pada hari tersebut ialah pameran bahan inovasi oleh kelab dan persatuan, pameran dari NGO, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Soutul Mizan dan jualan oleh kelab dan persatuan untuk mengutip dana bagi kelab masing-masing.

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan (STEMZA) Hari Inovasi pada tahun ini kelihatan lebih meriah berbanding tahun lepas kerana penyertaan dari berbagai pihak dan turut dimeriahkan oleh persembahan kumpulan nasyid yang membuat persembahan sepanjang berlangsungnya pameran yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga ke jam 1.00 tengahari.

Menurut orang kuat pameran ini yang juga penyelaras SAM Cikgu Rosyatimah beliau juga telah menjemput sekolah-sekolah menengah dan rendah dari kawasan Kuala Terengganu. Tidak hairanlah kenapa keadaan nampak begitu meriah dan berwarna warni.

Antara sekolah yang datang ialah Sekolah Memengah Lembah Bidong, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Sekolah Memengah Integrasi Batu Rakit, Sekolah Kebangsaan Maras, Sekolah Kebangsaan Bukit Wan dan banyak lagi.

Beberapa orang pelajar yang ditemui menyatakan rasa bertuah kerana dapat turut serta dalam pameran kali ini. Tidak kurang dari 30 hasil inovasi pelajar yang dipertandingkan dan pemenang akan terpilih untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Inovasi SAM peringkat Daerah dan Negeri.

Ikuti rakaman video dan koleksi gambar di bawah.




No comments:

Post a Comment