Sunday 15 May 2011

Mesyuarat PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

Pada tarikh 15 Mei 2011 telah diadakan Mesyuarat PIBG Hari Anugerah Kecemerlangan 2011. Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan didahului mesyuarat PIBG sehingga jam 10.00 pagi. Selesai mesyuarat majlis berhenti rehat dan kemudian disambung pada jam 11.00 pagi sehingga ke jam 1.00 tengahari untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan.

Tentu sekali warga STEMZA sentiasa sibuk dengan tugasan masing-masing untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Seperti biasa admin StemzaSohor memang kesana-kemari mencari sudut yang terbaik untuk dirakamkan dalam program yang berlaku hanya sekali dalam setahun ini.

Antara agenda dalam majlis tersebut ialah Upacara Perasmina Van PIBG yang telah dibeli untuk keperluan pelajar STEMZA. Van tersebut dibeli hasil derma orang ramai dan duit PIBG. Selain itu terdapat berbagai anugerah untuk tokoh guru dan pelajar antaranya anugerah Tokoh Pelajar Misali dan Anugerah Khas Sahsiah. Majlis kemudiannya diceriakan lagi dengan persembahan Soutul Mizan yang khabarnya amat tersohor kerana pernah membuat persembahan sehingga ke Indonesia. Dan tentunya majlis tidak lengkap tanpa cabutan bertuah yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang kampung berdekatan.

Alhamdulillah majlis berakhir dengan sempurna tanpa apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Semua yang mendapat anugerah dan hadiah cabutan bertuah pulang dengan senyuman dibibir dan semua AJK dari kalangan guru yang menjayakan senyum puas dan menarik nafas lega kerana dapat menjayakan program yang melibatkan ramai orang luar.

Syabas kepada semua warga STEMZA semuga sentiasa cemerlang dan terus cemerlang. Seperti biasa mari kita perhatikan siapa yang dapat menarik perhatian lensa kamera StemzaSohor kali ini. Dan jangan lupa tengok video dibawah juga.

Jumpa lagi : Admin Stemza Sohor Ustaz Manan



Para ibubapa semakin memenuhi Dewan Mastika

Cikgu Sam dan Cikgu Nazli sibuk menyediakan gimik

Dua celebriti STEMZA anggun menawan

Ustaz Manan (Admin Stemza Sohor), Ustaz Ibrahim dan PK1

Cikgu Akla jaga peti derma Anjung Surau alMizan

Hadirin sedang khusyuk mendengar ucapan YB Kazan

YB Ustaz Kazan menyampaikan ucapan perasmian

Nora dan Nora - Pengerusi majlis (tetap dan berpencen)

Amboi Cikgu Ain ni fokus bebenor ye

Sebahagian AJK PIBG STEMZA

Aik Cikgu Sam ni dok pikiak apo ni.......

Roket ready to launch....sir

Senyuman manis dari pelajar 1SUM....pandai bergaya ya

Sebahagian pelajar bakal penerima anugerah

Laah....Ustaz Manan pun nak posing sama

Antara penerima anugerah

Hati-hati dik...baik baik jalan

Anugerah pelajar SPM terbaik 2010

Juga anugerah pelajar terbaik SPM 2010

Cikgu Talib GC Akaun...pengasas Head-Count

CC Kak Nor menerima penghargaan



No comments:

Post a Comment