Saturday, 15 October 2011

Zaman IT semua dah berubah...............

Kini tidak seperti dulu lagi. Huh.... dulu kalau ada sorang yang ada komputer dalam satu kampung riuh. Bak kata orang ....telor sebiji riuh sekampung. Saya sendiri hanya mendapat komputer pertama saya pada tahun 1994.

Tapi kini dah lain. Semuanya dah berubah. Kedai komputer bersepah. Komputer dah banyak. Dan yang paling membanyakkan lagi PC dan Lap Top ini ialah dasar kerajaan Negeri Terengganu yang membahagikan Lap Top percuma untuk semua pelajar  darjah 6 sekolah rendah di negeri Terengganu tanpa mengira asal negerinya.

Itu berlaku sejak tahun 2009 iaitu anak  saya yang ke 3 perempuan. Kemudian kerajaan telah melebarkan lagi pemberian lap top kepada semua pelajar tahun 5 di negeri Terengganu. Ah yang ni anak saya yang nombor 4 lelaki. Kemudian paling baru Menteri Besar Terengganu mengishtiharkan bahawa pelajar tahun 4 di seluruh negeri Terengganu akan dapat lap top. Wah memang hebat. Dan memang dah dapat pun. Cuma hanya ada beberapa DUN yang belum dapat.

Ini yang kerajaan negeri Terengganu. Kemudian tambah lagi TM pun buat promosi Streamyx iaitu semua pelajar yang baru masuk IPT layak dapat lap top percuma bila melanggan talian rumah dengan Streamyx. Aaaa ni yang seluruh Malaysia.

Maka dengan ini bertambah-tambah banyak lah isi rumah yang ada laptop dan PC.

Last sekali projek mega kerajaan bahawa pelajar yang bapanya di bawah RM1000 layak dapat laptop.

Dengan ini sahlah bahawa kita sudah masuk zaman IT, Semua rakyat dah ada PC atau Lap Top. Harapan kita ialah agar semua usaha murni ini tidak disalah gunakan kejalan yang tidak baik. Gunakanlah lap top ini ke jalan yang boleh membawa peningkatan dalam diri, keluarga dan masyarakat amnya.

Omar Mokhtar - Lion Of The Desert

Omar Mokhtar Singa Padang Pasir
Kali pertama saya menyaksikan kisah menyayat hati mengenai pejuang terulung Libya ini ialah semasa di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. Masa tu saya sedang dalam tingkatan 5. Untung jugak ada pensyarah yang suka menayangkan video jadi dapatlah memberikan pendedahan kepada kita mengenai kisah perjuangan orang-orang lama yang berjuang menentang penjajah orang kulit putih ni.

Selepas menonton filem ini yang begitu tragis datang rasa keinsafan bahawa kita sebagai orang Islam dan mewakili umat Islam sedunia tidak boleh sekali-kali menyerah kalah dan tunduk kepada mereka yang ingin mengkhianati Islam khususnya penjajah. Dalam cerita tersebut Omar Mokhtar yang gelarannya ialah Singa Padang Pasir telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Ringkasan cerita Omar Mokhtar begini..........Semasa perang dunia ke 2 bangsa-bangsa Eropah telah datang menjajah seluruh dunia Arab. Dan Libya yang juga merupakan bumi Islam tidak terkecuali. Penjajah Libya ialah bangsa Rom yang kemudiannya dikenali sebagai Itali.

Wajah sebenar Omar Mokhtar

Di bawah pemerintahan  Musolini,  Itali mahukan penjajahan terhadap Libya berlaku dalam masa yang singkat. Maka di sini lah masalah bermula bila mana Omar Mokhtar yang asalnya seorang guru Quran di sebuah perkampungan padang pasir telah bangkit memimpin kaumnya berperang menentang penjajah Itali.

Dengan persenjataan yang amat kurang mereka yang dikenali sebagai pejuang padang pasir telah berperang habis-habisan dengan tentera Itali yang berkereta kebal, meriam dan berbagai senjata canggih.

Keseluruhan cerita ini kemudiannya adalah mempamerkan kegigihan Omar Mokhtar dan kaumnya dan kekejaman tentera Itali membunuh orang-orang Libya dalam usaha untuk menawan bumi Libya.


Omar Mokhtar selepas ditangkap oleh penjajah Itali
Terdapatr beberapa adegan yang menyayat hati iaitu apabila ditunjukkan kem-kem pelarian Libya yang kelaparan dalam gambar fail yang sebenar melibat keluasan beribu-ribu hektar.

Sebelah kiri gambar Anthony Quinn pelakon dan sebelah kanan Omar Mokhtar sebenar.
Saksikanlah cerita Omar Mokhtar Lion Of The Desert dalam versi penuh. Anda kena saksikan cerita penuh untuk memahami jalan cerita. Tak pe kalau kalau tak habis tengok datang lagi tau............wassalam

Friday, 14 October 2011

Lagu Rasmi SMK Tengku Mizan Zainal Abidin - STEMZA

Lagu rasmi STEMZA:
Ciptaan: Cikgu Adlisham @ Sam - SMK Tg. Mizan
Tajuk: STEMZA Cemerlang

Kami lafazkan ikrar berpadu
Di hadapan panji-panji luhur
Kami bersedia menimba ilmu
Sebagai wargamu kami akur

Falsafah Pendidikan teras menuju maju
Membentuk generasi ilmu
Harapan ibu bapa tak lupa pada guru
Jasamu tersemat di kalbu

STEMZA cemerlang dan gemilang
Kejayaan pastikan terbilang
Ilmu suluh hidup jadikan panduan
Kami menggapai satu impian

STEMZA cemerlang menuju cita
Mencapai hasrat jadi utama
STEMZA melangkah maju dan berjasa
Demi agama, bangsa dan Negara

STEMZA melangkah maju dan berjasa
Demi agama, bangsa dan negara



Cikgu Azahari baca sajak

Jangan tengok sembarangan. Ha tuah ayam nampak di taji tuah manusia nampak di misainya. Aaaaaa memang pun Cikgu Azahari ni misainya panjang.

Kali ni cikgu Azahari nak bacakan sajak. Siapa sangka sebenarnya cikgu Azahari ni pandai mendeklamasikan sajak. Khabarnya beliau pernah mendeklamasikan sajak di majlis-majlis kerajaan negeri Pahang, ialah sewaktu beliau mengajar di Pahang dahulu.

Saksikan kehebatan beliau.....................

Maaf ya suara tak berapa jelas bukan salah ustaz, ni base dia terover ni........

Tuesday, 11 October 2011

Satu Malaysia versi STEMZA

Pada Majlis perayaan berkembar menyambut Hari  Malaysia dan Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini kami sempat merakam gelagat pelajar dan tenaga pengajar STEMZA atau SMK Tengku Mizan Zainal Abidin menyanyikan lagu Satu Malaysia.

Walaupun tak ingat senikata tapi nampaknya semua guru dan pelajar begitu bersemangat sekali. Ikuti rakaman lagu Satu Malaysia tapi kali ini versi STEMZA yang sempat dirakam oleh Ustaz Manan.....enjoy.



Saksikan Satu Malaysia oleh pelajar-pelajar Lim Kok Wing Universiti versi asal:


Dan Satu Malaysia versi Merdeka:


Tuesday, 4 October 2011

Pantun Meninggalkan Solat

Pada 4 Okt 2011 telah diadakan pertandingan berbalas pantun diantara para pelajar tingkatan 1ZA. Pantun yang dipertandingkan adalah pantun berunsurkan Islam. Untuk program kali ini Ustaz Manan selaku pemudah cara kepada program tersebut telah memilih tajuk dosa meninggalkan solat.

Para pelajar begitu berminat dan bersemangat membina rangkap-rangkap pantun untuk memenuhi pra syarat pantun yang dipertandingkan.

Oleh kerana mereka masih di tingkatan 1 maka mereka telah didedahkan satu persatu akan syarat membuat pantun.
1. Mesti 4 rangkap
2. Setiap rangkap mesti tidak lebih 4 perkataan
3. Rima akhir rangkap 1 mesti sama dengan rima akhir rangkap 3
4. Rima akhir rangkap 2 mesti sama dengan rima akhir rangkap 4

Syarat tambahan ialah:
1. Mesti tentang dosa meninggalkan solat
riti
Ustaz Manan telah memberikan pantun asas untuk dijadikan soalan oleh pelajar dan setiap kumpulan mesti menjawab soalan yang diberikan dalam masa 10 minit. Kira ok jugalah kerana semua kumpulan berjaya menyiapkan dalam masa yang diperuntukkan.

Ramai pelajar yang meminta supaya pertandingan diadakan lagi di masa-masa yang lain. Sama-sama kita lihat gelagat adik-adik kita dari kelas 1ZA.

Monday, 3 October 2011

Majlis Restu PMR 2011

Kasih guru kepada muridnya terus berkekalan meskipun di saat-saat akhir sebelum menjelangnya peperiksaan. Majlis Pohon Restu antara para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dengan guru-guru dan pengurusan STEMZA.

Dalam majlis tersebut majlis diserikan dengan ucapan oleh guru penyelaras Cikgu Rozmi dan ucapan terakhir oleh Pengetua STEMZA. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Nora Kaunselor sekolah dan sepertimana biasa doa rintihan terakhir dibacakan oleh al Syeikh Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi.  Bagi para pelajar inilah hari di mana mereka akan memohon maaf di atas semua kesalahan yang telah mereka lakukan kepada guru-guru mereka. Memohon dihalalkan ilmu yang telah dialirkan oleh para guru kepada mereka. Semua dengan keikhlasan guru mengajar ini akan dapat merealisasikan impian ibubapa dan pelajar.

Di akhir majlis pelajar menerima sumbangan alat tulis yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengetua SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Tuan Haji Ismail bin Kusri. 

Syabas kepada semua.......
InsyaAllah berkat usaha impian akan tercapai...............




InsyaAllah target 9A

Ai mesti target 9 atau 8A nih

Ya Allah restuilah kami..........sempurnakanlah doa kami


Buat betul-betul ya

Dari kanan PKKo, PKHem, PK1 dan Pengetua

Sunday, 2 October 2011

Matahari di dalam matahari.......kuasa Allah

Kejadian aneh pada tengahari 2 Oktober 2011. Kelihatan matahari dibayangi oleh satu objek bayangan yang mengelilingi matahari.

Pada asalnya saya sedang menjamu selera dalam jamuan pejabat sekolah. Kemudian  menerima panggilan telefon daripada isteri yang menelefon dari rumah. Katanya cepat keluar kerana matahari ada bayang.

Saya terus keluar. Di luar saya lihat mentari dibayangi oleh satu objek yang mengelilingi matahari. Kamudian saya memaklumkan kepada Tuan Pengetua dan beberapa guru-guru lain yang sedang menjamu selera. Dalam masa sekejap sahaja seluruh pelajar keluar dari kelas masing-masing dan memerhatikan objek yang terpapar di langit itu. Kelihatan Tuan Pengetua juga merakam kan gambar dengan telefon bimbitnya.

Saksikan keanehan ciptaan Allah....adakah tanda kiamat sudah dekat....
Atau banjir besar akan melanda negeri Terengganu .............wallaua'lam.......

Bulatan di sekeliling matahari di langit SMK Tengku Mizan