Saturday 15 October 2011

Omar Mokhtar - Lion Of The Desert

Omar Mokhtar Singa Padang Pasir
Kali pertama saya menyaksikan kisah menyayat hati mengenai pejuang terulung Libya ini ialah semasa di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. Masa tu saya sedang dalam tingkatan 5. Untung jugak ada pensyarah yang suka menayangkan video jadi dapatlah memberikan pendedahan kepada kita mengenai kisah perjuangan orang-orang lama yang berjuang menentang penjajah orang kulit putih ni.

Selepas menonton filem ini yang begitu tragis datang rasa keinsafan bahawa kita sebagai orang Islam dan mewakili umat Islam sedunia tidak boleh sekali-kali menyerah kalah dan tunduk kepada mereka yang ingin mengkhianati Islam khususnya penjajah. Dalam cerita tersebut Omar Mokhtar yang gelarannya ialah Singa Padang Pasir telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Ringkasan cerita Omar Mokhtar begini..........Semasa perang dunia ke 2 bangsa-bangsa Eropah telah datang menjajah seluruh dunia Arab. Dan Libya yang juga merupakan bumi Islam tidak terkecuali. Penjajah Libya ialah bangsa Rom yang kemudiannya dikenali sebagai Itali.

Wajah sebenar Omar Mokhtar

Di bawah pemerintahan  Musolini,  Itali mahukan penjajahan terhadap Libya berlaku dalam masa yang singkat. Maka di sini lah masalah bermula bila mana Omar Mokhtar yang asalnya seorang guru Quran di sebuah perkampungan padang pasir telah bangkit memimpin kaumnya berperang menentang penjajah Itali.

Dengan persenjataan yang amat kurang mereka yang dikenali sebagai pejuang padang pasir telah berperang habis-habisan dengan tentera Itali yang berkereta kebal, meriam dan berbagai senjata canggih.

Keseluruhan cerita ini kemudiannya adalah mempamerkan kegigihan Omar Mokhtar dan kaumnya dan kekejaman tentera Itali membunuh orang-orang Libya dalam usaha untuk menawan bumi Libya.


Omar Mokhtar selepas ditangkap oleh penjajah Itali
Terdapatr beberapa adegan yang menyayat hati iaitu apabila ditunjukkan kem-kem pelarian Libya yang kelaparan dalam gambar fail yang sebenar melibat keluasan beribu-ribu hektar.

Sebelah kiri gambar Anthony Quinn pelakon dan sebelah kanan Omar Mokhtar sebenar.
Saksikanlah cerita Omar Mokhtar Lion Of The Desert dalam versi penuh. Anda kena saksikan cerita penuh untuk memahami jalan cerita. Tak pe kalau kalau tak habis tengok datang lagi tau............wassalam

No comments:

Post a Comment