Sunday 20 November 2011

Majlis Perpisahan Cikgu Nor Fatehah

Pada hari Khamis yang baru lalu iaitu hari terakhir persekolahan yang jatuh pada 17 Nov 2011 kami guru-guru STEMZA telah mengadakan majlis bagi meraikan perpisahan Cikgu Nor Fatehah yang telah dapat berpindah ke Kuala Lumpur.

Majlis perpisahan ringkas itu diadakan di kantin yang tukang masaknya siapa lagi kalau bukan Cef Yasin. Teacher Fatehah bukan main lagi sebak sedih menangis-nangis sampai habis mekap cair. Tahu je le Fatehah ni kuat mekap.

Semua guru pun ikut sedih sama....cuma kami buat dek je  kerana nak sembunyikan rasa sedih. Tapi ramai jugek guru yang tak dek kerana ada separuh tu jaga peperiksaan SPM di sekolah lain dan ada separuh lagi tu kena kursus di Gambang macam Cikgu Fadhli dan Cikgu Aina. Tapi Ustaz Manan selaku admin stemzasohor.blogspot.com mantain ada.

Sebenarnya Cikgu Fatehah telah memohon untuk berpindah sejak 3 tahun yang lalu. Maklumlah suami di Kuala Lumpur dia di sini manalah bahagia. Orang kata hari-hari makan hati berulam jantung. Eh kalau tak caya tanya empunya badan. Dengar cerita suami cikgu Fatehah bekerja di JKR Kuala Lumpur.

Sama-samalah kita doakan semuga cikgu Fatehah berbahagia disamping suami tercinta di Kuala Lumpur. Macam doa ustaz Manan semasa doa akhir dan doa makan,  "Ya Allah Engkau kurnianakanlah kebahagian kepada Teacher Fatehah di samping suaminya...................."

Ustaz rasa ramai pelajar yang tidak tahu mengenai berita perpindahan Teacher Fatihah ni. Tentu ramai kome yang akan terkejut sakan bila buka sekolah nanti tengok-tengok Teacher Fatehah dah tak ade yek.

Kalau macam tu saksikanlah gambor-gambor majlis perpisahan dan satu video klip yang sempat ustaz rakamkan.


Ucapan terakhir seorang "teacher"

Para guru sedang memenuhi ruang

Semua mata terarah kepada Fatehah

Dari Kanan Pengetua Padang Kemunting, Pengetua STEMZA
dan Kak Badariah Ketua Bidang Sains

Posing Teacher Fatehah untuk StemzaSohor 

Dari Kiri Kak Dah, Kak Rosnah dan Cikgu Sam

Ramai gak guru ni 

Fatehah menerima hadiah dari Panitia B.Ingg

Cikgu Akla mewakili Kelab Guru

Kak Maznah mewakili bilik Ketua Bidang

No comments:

Post a Comment