Wednesday 2 November 2011

Pelajar PMR bertolak ke Cameron Highland

Pagi tadi tepat jam 8.00 padi dua buah bas yang memuatkan kira-kira 60 orang pelajar PMR telah bertolak ke beberapa destinasi yang menarik dalam siri lawatan ke seluruh negara. Program ini yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling adalah merupakan program tahunan yang diadakan bagi mengisi masa lapang pelajar-pelajar tingkatan 3 yang sudah pun menamatkan peperiksaan mereka ..............alah nak lepas tension lah katakan.

Menurut Pengarah Program En Asri Mohamad yang merupakah Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling, program ini memang diadakan setiap tahun dan setiap kali diadakan memang sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar walaupun mereka dikehendaki memberikan sedikit bayaran.

Sebenarnya kos perjalanan  dan hotel agak tinggi maklumlah ianya melibatkan perjalanan selama 3 hari 2 malam akan tetapi dengan kerjasama dan sponsor daripada beberapa pihak maka bayaran yang dikenakan kepada para pelajar yang menyertai lawatan adalah amat minima sekali.

Dalam program kali ini antara guru-guru yang turut serta ialah Cikgu Asri selaku ketua program, Cikgu Akla, Cikgu Rohismaliza, Cikgu Ain dan 2 orang guru GSTT. Kali ini Cikgu Nora tak ikut kerana sarat mengandung......................alah kecian nya......

Kepada semua peserta program diharapkan selamat bercuti dan bawa balik gambar banyak-banyak.


Iiiiih tak muat lah

Cikgu rasa kali ni kita singgah Cameron tak ......

Bas yang cantik dan selesa....rasa nak ikut je....

Rasa macam kenal je............

Ni bantal bucuk caye....

Aik pasal masa dalam kelas lain...oh mekap ye

No comments:

Post a Comment