Assalamualaikum
Semenjak dua menjak saya buat lanskap kat sekolah ni jadi timbul pulak minat untuk melihat dan meneroka serta meniru (belajar) lanskap dari tempat-tempat lain.
Baru-baru ini saya pergi ke Melaka melalui KB, Jeli dan Kuala Kangsar. Waktu tu jam 5 petang kami berehat sebentar di hentian rehat selepas Tapah. Saya dah tak ingat sangat nama tempatnya. Yang saya pasti tempat tu cuma ada tandas dan wakaf. Surau pun tak dek jadi isteri saya dan anak-anak kena solat atas wakaf tu dan memang tak ada dinding pun. Kami berenam errr saya dan lima anak lelaki yang lain jadi dinding.
Yang menariknya on the way ke tandas tu ada satu sudut yang amat cantik. Ok lihat dulu gambar-gambar ni pasni baru saya jelaskan.
Ok cuba lihat bagaimana teliti designer ni buat.
Terdapat kombinasi 3 elemen. Pertama pokok bunga, kedua batu hiasan berwarna putih dan ketiga papan jalan.
Pokok bunga boleh pilih apa-apa jenis asalkan tidak banyak sangat bunga dan kalau boleh tak ada bunga langsung. Ini untuk menghasilkan fokus kepada papan jalan. Kalau pokok terlalu banyak bunga fokus pandangan adalah pada bunga dan tidak timbul nilai klasik.
Kedua batu hiasan yang berwarna putih membawa mesej segar. Batu putih adalah simbol ketenangan dan pantai. Melihat batu putih kecil menghidupkan kita kepada deria ke enam. Kita serasa seperti berada di tepian pantai.
Ketiga papan jalan. Panjangnya lebih kurang 3 kaki dan lebarnya sekaki sementara tebalnya satu inci. Papan jalan ini boleh dipilih dari kayu jati atau merbau atau mengkawang. Lebih elok lagi kalau diambil dari rumah lama atau rumah usang. Atau boleh saja diambil dari jambatan lama. Kalau papan tu papan baru pastikan ianya di cat hitam. Lepas cat jemur panas sampai kering. Then lepas tu rendam dalam air parit selama 3 hingga 4 hari untuk menimbulkan tone warna.....
Baiklah sekarang bagaimana cara nak buat lanskap ini:
Anda pun boleh membuatnya dirumah anda. Cari satu kawasan seluas 5 kaki x 5 kaki atau yang sewajarnya. Bulatkan kawasan yang nak ditanam pokok seeloknya 2 hingga 3 perdu pokok. Kawasan selebihnya aturkan batu putih. Kemudian di atas batu putih tersebut letaklah papan jalan. Seeloknya batu itu diserakkan sedikit supaya papan jalan dapat duduk diam dengan elok.
Nah pasti jiran-jiran anda teruja. Padankan gambar yang di atas dengan ruang di rumah anda dan tunggu apa lagi sekarang lah masanya......jom berlanskap.
Ustaz Manan.....
Jangan lupa layari: