Thursday 8 September 2011

Majlis Permuafakatan Ibubapa, guru dan Pengarah APMT

Bertepatan hari Khamis 8 Sept 2011 telah diadakan Majlis Permuafakatan Ibu bapa, guru dan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah APMT iaitu Tuan Haji Roshali bin Taha. Majlis tersebut yang dibuat dengan kerjasama PIBG sekolah dibawah rancangan pelan pembangunan  sekolah telah disekalikan dengan Majlis Temu Mesra ibu-bapa dan guru. Ini adalah kali ke 2 Majlis Temu Mesra para ibu bapa dan guru STEMZA diadakan. Kali pertama telah diadakan pada pertengahan tahun yang baru lalu untuk semua tingkatan. Kali ini memfokuskan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja.

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Seramai lebih kurang 200 orang ibubapa telah membanjiri Dewan Mestika. Majlis telah didahului dengan ucapan Tuan Pengatua SMK Tengku Mizan Zainal Abidin kemudian diteruskan dengan ucapan Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu iaitu Tuan Haji Roshali Taha. Dalam ucapannya beliau telah mengumumkan bantuan sebanyak RM2000 untuk PIBG dan memperuntukkan kos tersedia untuk 2 program pecutan peperiksaan PMR yang masih berbaki 26 hari lagi dan juga SPM yang bakal diadakan di Marang Resort.

Majlis berakhir dengan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Abdul Manan Ali alMerbawi.  Setelah itu para ibu bapa telah berpeluang bertemu dengan guru kelas anak-anak mereka yang berada di tingkatan  3 dan 5 bagi membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa untuk membantu proses penyediaan anak-anak mereka menghadapi peperiksaan besar iaitu PMR dan SPM.

Al Hamdulillah majlis telah berjalan lancar dan selamat sebagaimana yang dirancang.

Cikgu Akla bin Su....kelakar orangnya

Para ibu yang sabar menunggu pengarah

kami sedia mendengar............

Kerjasama yang sungguh baik dari masyarakat kampung

Cikgu Jusarim jurugambar rasmi sekolah

Jefri adik angkat Ustaz Manan

Dari kiri Nor Haslina, Mazlina dan Azita

Cikgu Sam memang mengada

Ajk sambutan dan pendaftaran....aik sorang je ke

Mazlina, Azita, Haslina, PK 1 dan Badariah

Lagi gambak depa............
Pengetua bersama PK Hem tengah dan PK Ko kanan sekali

Sabar ye makcik kejap lagi majlis nak mula

Tuan Haji Rishali Taha Pengarah APMT

Dari kiri Pengatua, Pengarah dan Naib YDP PIBG

Bersedia berkhidmat

Nora the kaunselor jadi MC hari ni....hi hi

Ustaz Manan dan Cikgu Sam...kamcin nampak



Pengetua membuat ucapan aluan

Pengarah APMT memberikan ucapan dasar



Gambar dan berita: Ustaz Manan

No comments:

Post a Comment