Wednesday 28 September 2011

Nor Sarah ke hospital

Malang tidak berbau. Seorang pelajar tingkatan 1 iaitu Nor Sarah telah dimasukkan ke hospital kerana terlibat dengan kemalangan. Beliau adalah pelajar tingkatan 1 Saidina Umar dan berasal dari kampung Maras.

Ketika kemalangan itu berlaku beliau sedang dalam perjalanan untuk ke rumah cikgu Sam iaitu guru Pasukan Pancaragam Sekolah. Dalam masa yang sama Mohamad Hakiki seorang lagi ahli Pasukan Pancaragam Sekolah  juga sedang dalam perjalanan pulang dari rumah cikgu Sam. Semasa mengambil selekoh berbahaya yang berdekatan dengan rumah cikgu Sam itulah kemalangan itu berlaku.

Akibat kemalangan tersebut kaki kanan Farah telah disimen untuk dimasukkan besi disamping ada luka besar dipermukaan kaki kanan beliau. Diharap Sarah cepat sembuh dan dapat mengikuti pembelajaran sepeeti biasa.

Ustaz Manan bersama beberapa orang pelajar 1 SUM iaitu Iqlima, Faizah, Murfiqah dan Aina telah melawat Sarah. Lawatan itu disambut dengan hati yang terbuka oleh Farah yang ditemani ibunya dan kakaknya.

Ikuti lensa SETMZA Sohor bersama Sarah di hospital............








No comments:

Post a Comment